click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

31 December, 2024

Tahun 2024

TAHUN 2024


Alhamdulillah Tahun 2024

Bismillah Tahun 2025

1 Rejab, 1 January 2025

Salam Bulan Rejab

Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua yang mengenali diri saya 


Alhamdulillah syukur atas segala kehidupan yang di pinjam kan oleh Allah swt

Meniti usia angka 5 siri … rambut saya makin tak mahu tumbuh … perot makin boroi … hehehe😀


Kehidupan saya hanya biasa biasa sahaja tiada apa yang nak di war war kan sangat 

Saya hanya insan biasa macam kalian jua 

Masih seorang pekerja makan gaji untuk menyara family & membesarkan anak anak


Saya telah kurang menulis di wall fb 

Cerita rumah busuk pun saya kurang kongsikan lagi 

Aktiviti rumah busuk masih diteruskan & sekadar hobi saya sahaja pada masa terluang … cuma saya tidak kongsikan di wall fb


Untuk Tahun Baru 2025

Saya hanya meneruskan kehidupan seperti biasa 

Jika ada cabaran yang mendatang … saya cuba lalui sebaiknya Insyaallah 

Saya juga mendoakan kalian semua senantiasa dirahmati oleh Allah swt untuk menempuh cabaran Tahun 2025


Selamat tinggal Tahun 2024 dengan segala catatan memori

Selamat datang Tahun Baru 2025 !!!


Ir. Ajak 👍😀

31.12.2024





30 December, 2024

Diri Sendiri

Diri Sendiri


Terbang ke mana destinasi sekalipun 

Apabila tiba masa nya 

Akan kembali pulang 

Itulah nama kehidupan 

Setiap yang bermula 

Pasti akan ada yang hujung nya

Tiada apa yang kekal 

Jalani kehidupan dengan penuh kesyukuran apa yang ada

Jadi diri sendiri

Jangan sesekali rasa meninggi diri

Nikmati kehidupan dengan tenang 

Pesanan untuk diri saya sendiri 

Allahuakbar 🤲😀




28 December, 2024

Kimci Pun Licin …

ala ala oppa korea menjamu selera … dah sejuk lapo … kimci pun licin … hahaha😀

27 December, 2024

Unggun

tahu lah suhu bawah kosong 
gigil gigil sojuk
jangan nak terjun dalam unggun api plak 
hahaha😀




26 December, 2024

Gigil

Ini pun dah gigil kesejukan 
Lewat malam lagi sojuk
Pekena teh o secawan 
Layan 😀




Public Transport

PUBLIC TRANSPORT

Apabila travel menaiki public transport itu dikira biasa
Tersilap naik train … kita patah balik … tunggu next train pulak
Tiada seat yang available … kita berdiri 
Santai santai sahaja
Bajet tak banyak … kita tetap layan menapak ke sana ke sini … cuaca sejuk yang mencengkam 
Kan kan 👌😀




25 December, 2024

22 December, 2024

Musafir

MUSAFIR


Hasrat nak bermusafir 😀

Flight malam ini

Bonding bersama family 

Peluang 1 tahun sekali 

Disember 23 tahun lepas ke bumi Turkey tanpa Angah kerana berada di final exam di kolej

September 24 ke Ibadah Umrah tanpa Along

Payah nak ketemu 6 pax untuk travel bersama 


Nak kumpul dalam 1 family untuk travel kekadang agak payah lately ini kerana kesibukan kekangan masa memasing 

Cuti memasing tak sama dah kali ini 

Moga perjalanan ini mendapat rahmat dari NYA


5 luggage untuk 6 pax … selebih nya hand carry

Jika tiada aral … pagi esok sampai ke destinasi 

InsyaAllah Aamin 🤲🤲🤲





Musim Cuti

MUSIM CUTI SEKOLAH 

Musim cuti sekolah seminggu 
Jalan pun jem banyak tempat 
Dalam platform medsoc ramai yang uplud macam2 aktiviti
Majlis meraikan pengantin
Kenduri kesyukuran 
Cuti ini yang jalani berkhatan pun ada
Tak kurang juga dah uplud gambar vacation holiday di oberc 

Ramai juga yang kongsikan Ibadah di Tanah Suci Mekah & Madinah
Yang main salji pun ada nampak jua
Kita raikan aktiviti memasing semua
Yang belum berkesempatan untuk holiday ke oberc … positif kan minda … jadikan gambar gambar yang di uplud oleh kenkawan sebagai sumber inspirasi untuk bermusafir di bumi milik Allah swt yang begitu indah … pada satu hari 👍
nanti boleh sampai ke sana jua … InsyaAllah Amin 🤲🤲🤲

Apa jua aktiviti kalian 
Kita jadikan aktiviti yang boleh membahagiakan diri kita n family 
Senantiasa bersyukur dengan segala nikmat rezki yang Allah swt kurniakan
Malah dengan menghirup secawan kopi O pun sangat mendamaikan 
Ceria selalu 😀



17 November, 2024

cabut rumput

apabila kita rasa syok nak buat sesuatu perkara
kita layan memang kita layan beb
tengah panas pun tak kisah 
ini hobi saya layan rumah busuk 
rumah ini dah siap reno
dah ada buyer berminat 
buyer dah bayar depo 
proses mohon consent 

ada masa lapang pada weken 
saya cabut rumput 
bersih kan apa yang patut
apabila kita rasa syok berbuat sesuatu
tidak rasa terpaksa 
layan jer 😀


rumput

riadah lagi pagi ini 

di tepi kolam ikan di tepi rumah

trim rumput sket sket

ada masa saya buat 

tak der masa saya tangguh


ada kawan cakap 

upah jer lah ke abam bangla

kau jangan kedekut sangat 

owh bukan isu kedekut lah


saya anggap ini riadah untuk diri saya 

keluarkan peluh sket sket

memupuk jati diri saya sendiri 

walaupun sekadar mesin rumput


actually memupuk diri saya :

  1. bersemangat 
  2. isi masa lapang
  3. keluarkan peluh
  4. disiplin jadual masa
  5. bersabar
  6. kemahiran diri sendiri bagi trim cun rumput
  7. rasa tenang
  8. ada rasa bahagia … ini penting untuk diri sendiri saya … tidak rasa stress … saya syok sahaja 😀


tiada apa nak dikongsikan pepagi ini 

saya taip sahaja bab mesin rumput mana yang telintas di fikiran

actually bau rumput di pagi hari sangat menyegarkan saya 😀


Ir. Ajak

sesekali jadi abam bangla pun tak der hal punya 😀





10 November, 2024

Alang

Petang tadi sempat jumpa Alang (Asyraf) di kolej

Sesibuk mana pun Papa Mama mesti luangkan masa

Bagi semangat kepada Alang

Mulai esok selama 2 minggu Alang akan mula duduki final exam bagi semester ke 3

Papa Mama doakan agar Alang akan tenang untuk hadapi minggu final exam ini 

Apabila selesai final exam

Alang akan bercuti panjang sampai hujung tahun 2024

Awal tahun 2025 dijangka akan mula kan semester baru pula

Papa Mama yakin Alang boleh buat 👍👍👍

Insyaallah Aamin 🤲🤲🤲😀




yummy

my peberet mee segera perisa kari
dah 3 minggu tertangguh nak masak sendiri
telo 2 biji + sayur pakcoy
.. minum pulak dengan air zam zam 
Alhamdulillah sedap nyer di pagi cuti weken ahad 🤲🤲🤲😀



09 November, 2024

pengsan

pilot dah pengsan
drive musafir ratus km 
ganti kan dengan co pilot 
sebelum pengsan
pekena roti ais cream … syedap👍👍👍
hahaha😀






04 November, 2024

matahari terbit

memori masa kidos kecil 
comey jer 
kidos manja ngan papa
ke sana ke sini papa bawa ke negara orang
rasa nya gambar ini di negara matahari terbit 😀




02 November, 2024

wayang

malam minggu 
layan kidos
nonton wayang 
sambil layan popcorn
bonding time 😀







aktiviti

aktiviti keluarkan peluh untuk mesin rumput .. rumput dah mula panjang .. sampai lewat malam di rumah setelah bermusafir bekerja dalam minggu ini … di klia pun ramai orang gak .. layan jer 😀



14 October, 2024

Arwah Ayah Cik 14.10.24

BAPA SAUDARA PERGI MENEMUI PENCIPTA …


Bapa saudara saya pergi buat selama lama nya 

Pergi menemui pencipta NYA

Saya rasa sedih

Saya panggil “Ayah Cik” … adik kepada ayah saya

Ayah Cik baik dengan saya 

Sewaktu saya kecil … ingat lagi Ayah Cik tak pernah lupa nak bagi duit raya kepada saya 

Saya doakan agar roh arwah dicucuri dan di tempat kan di kalangan orang beriman 

Kubur berhampiran pusara arwah Atok & Opah


Tiada lah lagi saya dapat mesej kepada Ayah Cik setiap kali hari gaji masuk … “Thanx Ajak” itu

bunyi balassn mesej dari Ayah Cik setiap bulan kepada saya


Saya bermusafir dari seremban ke perak

Wife teman kan … apabila saya terasa penat & mengantuk … wife bantu bawa kan kereta sambil saya hirup air minuman panas


Al Fatihah buat arwah 🤲







13 October, 2024

Modal Ir Ajak …

MODAL HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK Ir. AJAK …

Jika di sebut sahaja bab hartanah 
Mesti ramai yang membayang kan bab kos modal
Ya memang tidak dinafikan akan perkara ini 
Tiada modal yang nak diperuntukkan memang tidak akan menjadi weh 
Ada modal boleh dilaksanakan secara fizikal 
Tiada modal kita tidak boleh laksanakan yer 

Memang modal menjadi peranan utama 
Jika nak reno rumah sendiri 
Katakan lah nak tambah dapur basah di ruangan tanah kosong di belakang rumah teres unit tengah 
Kurang kurang nak ada modal sekitar RM15 ribu minimum (nak bina lantai, dinding, tiang, bumbung, lantai tiles, pintu kayu/grill, table top sahaja tanpa kabinet, rewiring elektrik lampu kipas soket, maybe juga ruang mesin basuh tempat buang air basuhan dan lain lain item
berkaitan)
silap silap tak cukup jumlah kos RM15 ribu jikalau ruangan saiz yang besar dan pelbagai tambahan kerja yang lain lagi diperlukan

Bab modal jika disebut sangat subjektif
Ada jer peluang untuk diperolehi:
1. Simpanan wang gaji 
2. Dapat bonus kerja
3. Hasil berniaga sambilan
4. Hasil kerja sambilan
5. Dapat wang insuran
6. Pinjam dari bank
7. Pinjam dari isteri/suami
8. Anak anak hadiah kan wang
9. kwsp 
10. ibu bapa support
11. dan lain lain sumber lagi 

Saya terus terang cakap bab sumber kewangan saya sejak bermula pada tahun 2010 yang lalu (dah lebih 14 tahun) adalah bermula seperti berikut:

1. simpanan di bank bermula kerjaya sejak tahun 1998 (12 tahun menabung sehingga tahun 2010)
2. jual rumah pertama saya di selangor (hasil lebihan wang setelah ditolak loan pembiaya)
3. pinjaman peribadi di kuwait finance house (20 tahun tempoh … loan ada baki 6 tahun lagi)
4. pinjaman peribadi di cimb bank (20 tahun tempoh … loan ada baki 6 tahun lagi)
5. tutup akaun kwsp ada dapat wang (pada masa itu saya ada peluang berbuat sedemikian mengikut prosedur yang dibenarkan pada keadaan kes saya)
6. pinjam sedikit dari wang simpanan isteri saya lah (telah habis dipulangkan)
7. saya pernah juga meminjam wang dari bonda (telah habis dipulangkan)

Dengan ada nya satu jumlah terkumpul ini lah saya memulakan hobi hartanah rumah busuk dari tahun 2010 sehingga lah ke hari ini 

Sekadar perkongsian saya pada weken today 
Rasa nya pertama kali saya menulis selengkap ini sumber kewangan saya untuk melayan hobi hartanah rumah busuk
Tiada yang mudah dalam kehidupan ini 
Hidup ini keras dik !!!

Ir. Ajak 😀
Hobi Hartanah Rumah Busuk
13.10.24 Ahad








12 October, 2024

Teksi Sapu

Nak sewa range rober tak cukup wang nak bayor 
Sewa ninja turtle pak arab yang bawak 
(kategori teksi sapu)
Janji sampai n aircon sejuk
Kehidupan ini banyak pilihan
Jangn terlalu memilih … kan kan 😂



Range Rober

Range Rober … saya mampu tengok jer laaa
Mampu guna public transport pun dah Alhamdulillah syukur 🤲
Masih tak bleh nak move on bab itu … hahaha 




05 October, 2024

rindu 2 bulan dah …

2 bulan dah tak jamah mee segera
rindu nya 
letak 2 biji telo kasi pekat kuah
masak sendiri kat dapo puas hati banding di kedai mamak
yummy 👍😀




30 September, 2024

bebek

Monday blues 
Selera bebek goreng cicah sambal hijau 
Dah macam kat restoran di sebarang plak 
Layan 😀



28 September, 2024

Alang

Lemon 

Pokok depan rumah di tepi longkang
Alang (anak ke 3) yang tanam pokok ini 
Alang nak jaga pokok ini sampai berbuah 
pokok makin membesar
buah sulung 
rasa sedap masam
dicampur dengan teh o 
mak aaii lazat nya 
teh o lemon suam 😀




21 September, 2024

Perbaiki Diri Saya …

SEMENTARA USIA MASIH BERBAKI … 

meniti usia saya pada angka 5 siri
sementara usia masih berbaki 
saya terus kan usaha tanpa jemu untuk perbaiki diri 
memperbaiki lagi dan lagi dan lagi dan lagi bacaan Al Quran saya sendiri 
anak bongsu saya Muhammad Adam cuba bantu saya memperbaiki bacaan bagi sempurna
saya tidak rasa malu saya tidak rasa janggal saya kena kuat semangat

jangan kutuk saya yer … please !!!
jangan lah kata saya “dah tua tua baru nak perbaiki bacaan … dolu dolu masa umur muda buat apa ?” … jika nak kutuk jugak … saya terima seada nya sebagai pemangkin semangat 
selagi hayat di kandung badan … selagi itulah saya akan berusaha untuk perbaiki … selagi ada nyawa saya di pinjam kan oleh NYA

Ir. Ajak 😀
Insan yang berusaha perbaiki diri

Nota: gambar hiasan … anak bongsu saya Muhammad Adam mengaji di SMKA salah sebuah di Seremban … Alhamdulillah dah kali ke 3 (2016, 2019 & 2024) Adam berpeluang di jemput ke Masjid Nabawi Madinah Al Munawarah sambil ziarah MAKAM RASULULLAH SWT & Sholat sunat di RAUDAH … syukur YA ALLAH SWT 🤲



17 September, 2024

Quba

Masjid Quba

Sebelum Zohor tadi memang meriah jemaah di sini 
Memasing nak mengutip pahala yang sewajarnya
Saya juga tidak pernah ketinggalan untuk ke sini
Kawasan sekeliling juga makin cantek dengan lanskap 
Ada yang naik bas
Ada yang naik teksi 
Ada yang naik buggy
Ada yang berjalan kaki secara santai untuk sampai ke sini 
Jemaah dari mesia pun ramai
Alhamdulillah dengan segala peluang

Ir. Ajak
Masjid Quba 
Madinah Al Munawarah 




Ziarah Makam ..

RINDU ZIARAH MAKAM RASULULLAH SAW …


rindu nak ziarah Makam Rasulullah s.a.w pada hari kelahiran baginda pada tanggal 12 Rabiul Awal kebetulan jatuh pada hari isnin

Alhamdulillah Allah swt izin kan jua


saya telah sampai kan salam kenkawan jua 

moga kalian jua berpeluang untuk ziarah ke sini satu hari ini atau banyak banyak kali

saya mendoakan 

insyaAllah Aamin 🤲🤲🤲


Ir. Ajak

12 Rabiul Awal 1446

Madinah Al Munawarah 




15 September, 2024

Kaabah

BERUSAHA …

saya lahir di kampong
dibesarkan di kampong
anak posmen … arwah ayah saya bekerja sebagai posmen
bukan dari keluarga yang senang senang 
Alhamdulillah saya bersyukur dengan segalanya 
ketidakselesaan membuat kan saya senantiasa berusaha untuk memperbaiki keadaan kehidupan 
semangat makin kuat untuk berusaha sebaiknya

cabaran dalam kehidupan merupakan lumrah yang perlu kita lalui
mahu tak mahu kita perlu berusaha mengatasi nya 
dengan meletakkan kepercayaan & keyakinan kepada Allah swt akan membantu kita semua

saya sendiri mesti ada cabaran yang perlu dilalui yang tidak boleh kita elak:
sejak dari zaman belajar hingga lah menamatkan pengajian di bidang yang diimpikan
membina kerjaya 
dalam kerjaya seharian
membina keluarga & ketua keluarga
mengejar cita cita untuk bergelar profesional & mengekalkan tahap profesional 
melayan hobi rumah busuk dengan pelbagai cabaran jua … modal nya … masa nya … pelbagai karenah kontraktor … hingga lah menjadi rumah wangi sewangi nya dari keadaan rumah busuk yang dipandang sepi oleh jiran jiran 

saya insan biasa sahaja 
tiada apa yang boleh dibanggakan sangat
sekadar menikmati kehidupan
telah meniti usia ke 5 siri
anak anak makin membesar dah 

saya jua tidak terlepas dari ujian ujian dalam kehidupan 
diuji dengan sakit tahap 5 covid yang agak teruk yang hampir meragut nyawa saya pada tahun 2021
diuji dengan fitnah dari masa ke semasa tanpa tahu sebab nya oleh saya sendiri
namun saya kuat kan semangat bahawa itu ujian dari NYA untuk saya n family

saya sekadar mahu hidup tenang tenang sahaja 
tidak bercita tinggi untuk jadi kaya raya
cukup lah sekadar cukup seadanya 
ada peluang setiap tahun berkunjung di Tanah Suci menaiki penerbangan kelas ekonomi pun sudah sangat saya bersyukur seadanya 
tidak lah mahu mengejar kedudukan yang tinggi tinggi melangit 
Alhamdulillah 🤲

Nota: muka tetap senyum … walaupun di asak … jika saya ke depan sket lagi akan terperosok di bawah ketiak oleh abam saiz besar itu (ohhhh tak sanggup saya … ahakkksss) … tak cukup tinggi saya weh … hehehe😀 … gambar sekadar hiasan sahaja 😀

Ir. Ajak
September 2024
Dataran Kaabah



08 September, 2024

Renew

Visa tahun lepas dah tamat tempoh 

Mohon yang baru … telah proses … telah buat bayaran … Alhamdulillah telah lulus … Boleh buat planning 

Kerinduan makin membuak buak
Allahuakbar 🤲🤲🤲😀




06 September, 2024

Hujan

Hujan Pagi Jumaat Di Seremban … kat sana camner ? … Moga kerahmatan di Hari Jumaat yang Mulia … Aamin 🤲🤲🤲😀



02 September, 2024

Jetlag

Nak hirup kopi o pun mengantuk … jetlag … adoii 😀



23 August, 2024

RINDU NYA …

KERINDUAN INI MAKIN MEMBUAK BUAK …

Sewaktu menunggu Khutbah Sholat Jumaat hari ini 
Walaupun kelopak mata agak berat kerana mengantuk 
Hampir nak tersengguk sengguk 

Tetiba terasa kerinduan ini makin membuak buak untuk ke sana 
Air mata mengalir secara tidak disangka sangka 
Dikesat kesat air mata guna kain baju lengan
Mungkin jiran sebelah sebelah agak perasan agak nya 

Saya buka rekod pada “NUSUK”
Patut lah dah lebih 7 bulan saya tidak ke sana
Cepat masa berlalu 
Allahuakbar 
Kerinduan ini hanya dapat diatasi dengan merancang untuk berkunjung ke sana 
YA ALLAH jemput aku n wife untuk berkunjung ke sana lagi untuk menjadi TETAMU MU YA ALLAH

Saya perlu menyimpan wang untuk ke sana & mengaturkan masa yang paling sesuai 
🤲🤲🤲

Ir. Ajak
😀



17 August, 2024

RUMAH DAH WANGI

ADA YANG MINAT UNTUK MILIKI UNIT CORNER LOT YANG INI ? 😀

Jika ada yang berhasrat untuk meminang rumah yang ini 
Kita boleh bincang sampai jadi
Harga saya masih buat kiraan kos yang terlibat 

Dalam seminggu lagi akan siap sepenuhnya
Tanah masih luas berbaki 
Boleh bina kolam mandi pun boleh 
Fully reno 

Ramai juga yang impikan untuk memiliki unit corner lot 
Boleh tanam rumput yang menghijau 
Anak anak boleh bermain bola 
Nak bercucuk tanam dengan buat landscape pun
boleh 
Lokasi di Seremban 

Saya memang minat melayan hobi rumah busuk untuk di wangi kan 
Pada cuti weken ini lah hobi saya 

Ir. Ajak
Hobi rumah busuk 😀








10 August, 2024

gagak

atas pokok ada burung gagak berbunyi
saya layan cucur udang cicah kuah kacang
jangan sesekali kau gagak buat hal
haha😀



04 August, 2024

popiah

usai merempit hantar alang ke asrama
singgah di gerai jap
pekena popiah basah 
pekat kuah 
dap nyer 
tak bleh nak bincang 😀