click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

31 December, 2011

selamat tinggal tahun 2011 ...

photo 10th anniversarry di disneyland paris


assalammualaikum ...
apa khabar kengkawan ...
didoakan agar sejahtera selalu dan ceria ceria sentiasa... hari ini sabtu tanggal 31 disember 2011 merupakan hari terakhir bagi tahun ini ... 365 hari telah berlalu ...terlalu pantas masa berlalu ... cam ner prestasi kengkawan pada tahun ini ? aku macam biasa jerr ... prestasi kerja di pejabat ... harap harap "appraisal tahun 2011" nie markah nyer boleh tahan laa .... coz kpi jabatan aku dah capai ... cuma tunggu bos beri markah jerrr ... kengkawan ader tips untuk bodek boss ker ? ... tahun ini tak der pertambahan ahli keluarga ...bini masih seorang dan anak masih 4 orang ajer ... kereta tak der bertukar pun ... masih pakai mpv toyota innova ... rumah masih keadaan asal sewaktu aku beli pada tahun 2007, tiada renovation pun ... cuma tahun ini merupakan kali pertama aku membawa family aku melancong ke luar negara ... sempena 10th anniversarry aku pada bulan mei yang lalu ...aku bawa isteri dan anak anak ke paris dan london ...abih duit beriban riban ...tapi mujurlah ader sikit keuntungan dari penjualan dan pembelian serta kenaikan harga emas fizikal dari "public gold" ... bernafas lah sikit kesihatan kewangan aku ... gaji bulanan cukup cukup makan untuk berbelanja dan bayar ansuran hutang pelbagai bulanan ...anyway, thank you "allah" dengan rezki nya... cuma aku fokus untuk pastikan semua ansuran hutang dibayar tepat pada tarikh matang ... supaya tidak dikenakan "interest berganda" ... dari segi "it" aku memang lembab skett ... baru berjinak jinak dengan facebook dan blog ... ini pun entry kali kedua ... tima kasihlah kepada "isteri ku" yang menggalakkan aku supaya berjinak jinak dengan blog dan facebook ... jika tidak maybe belum lagi aku memiliki blog sendiri ...
berjumpa lagi di lain entry ...
sekian...
orait ...
from: ajak.

30 December, 2011

salam perkenalan ...

photo aku

assalammualaikum ...
apa khabar semua ...
terpikir plak untuk berkongsi perjalanan kehidupan aku dan pengalaman dengan semua kengkawan .... sekadar perkongsian ... inilah permulaan blog peribadi aku ... sedikit biodata aku sebagai entry pertama :

nama: abdul razak bin kamarudin

nickname: ajak

tarikh lahir: 26 hb febuari 1974

tempat lahir: kampung lalang, kota bharu, gopeng, perak (teman orang perak)

status: berkahwin (isteri seorang jerrr ... anak baru 4 orang)

anak sulong dari lima beradik

pekerjaan: jurutera awam

tempat tinggal: seremban

sekolah rendah: sekolah kebangsaan kota bharu, gopeng, perak (1981-1986)

sekolah menengah:
sekolah menengah seri teja, gopeng, perak (1987)
sekolah raja chulan, ipoh, perak (1987-1992)

universiti teknologi malaysia skudai:
diploma (1992-1995)
ijazah (1995-1998)

pekerjaan:
lion group (1998-2000)
jkr ibu pejabat, cawangan bekalan air (2000-2004)
jba daerah kuala pilah, negeri sembilan (2004-2007)
jba ibu pejabat negeri sembilan (2008)
jba kettha putrajaya (2009 sehingga kini)

jurutera profesional: p.eng dan miem


bertemu lagi di lain entry ...
orait ...
from : ajak.