click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

31 December, 2023

Turkey

PENUTUP TAHUN 2023


SHORT TRIP KE TURKEY

sebagai penutup tahun 2023


Angah tak sempat bersama trip kali ini

Coz angah ada final exam

Sian kat angah tak dapat nak holiday 

Tiket dah beli awal tahun lagi untuk dapat harga mampu milik … terpaksa tiket angah dikira burn

nak minta refund tak boleh kerana harga tiket yang paling murah


seat tengah dalam flight kosong … kerana angah tak sempat check in bersama sama


Tahun depan 2024 

Hasrat/berazam untuk TAK NAK travel/jalan jejauh dah lah … malas nak naik flight … umur pun dah masuk ke 5 siri

Nak healing healing di homestay & campling di tanahair jer lah

Nak support pengusaha tempatan 


Ir. AJAK 😀

Hobi hartanah rumah busuk & hobi melancong

31 Disember 2023





















sama tinggi

Jarang sangat saya up gambo anak bongsu saya nie

dah sama tinggi dengan papa nya

cuma badan nya kurus 

dia tak suka nak bergambo n exposé kan diri

😀




19 December, 2023

SAMBAR

SAMBAR RUMAH BUSUK

baru solosai jamah makanan korea nie
wife masak malam nie

baru nak buka excel 
nak buat kira kira bajet
untuk buat keputusan boleh ker tidak untuk “sambar” rumah busuk pada malam nie
kena buat keputusan skrang nie … adoiii 
bagi stok untuk koleksi tahun depan 2024






18 December, 2023

Tahniah Along

TAHNIAH ALONG MUHAMMAD AIMAN

Berpeluang untuk memakai selempang berwarna emas
Kuat Along berusaha pada setiap semester untuk kekal kan momentum ini
Jangan mudah mengalah untuk terus mendaki ke tangga seterusnya

Papa Mama bangga dengan Along

Papa sewaktu belajar dolu dolu kurang hebat … tak pernah berpeluang untuk dapat apa apa anugerah pun … adoiii 😀



27 November, 2023

recharge energy

luang kan masa untuk recharge energy …


jadual seharian kita memang sibuk selalu 

semua di kalangan kita ada perkara yang perlu dilaksanakan saban hari

yang bekerja di pelbagai sektor yang ada

tak kira lah kita di mana sekalipun

di ladang ker

di kilang ker

di pejabat ker

apa jua sekalipun lah 

dah nama nya bekerja 

mesti ada masa kita terasa penat 

ada kala nya terasa stress 

atau pun paling tidak terasa lelah lah orang kata


ambil lah peluang untuk luangkan masa untuk kita recharge energy 

agar kita rasa selesa dan kumpul kan kembali tenaga 

agar momentum kita untuk bekerja akan lebih kuat kembali 

kita mempunyai semangat untuk momentum kan diri


cara nak recharge energy ini ada pelbagai cara

cara kalian sendiri lah yer

yang ada kemampuan kewangan boleh merancang untuk bercuti di dalam negara atau di luar negara

boleh bersiar siar di shopping complex ker

pergi ke lokasi tepian pantai

mandi manda di lokasi air terjun

yang suka berhiking di bukit atau gunung

paling tidak pun bercuti hanya berehat di rumah menonton cerita di netflix

yang paling senang tidur sepuas puas nya agar badan kita segar bugar .. tidur di rumah jer … jimat 


saya apabila penat bekerja 

saya perlu kan masa untuk recharge energy jua

jika ada kesempatan

saya bercuti jugak lah

yang paling menyeronokkan saya ialah melayan hobi hartanah rumah busuk 

cuma lately ini saya kurang kesempatan untuk menulis dan berkongsi cerita rumah busuk di media sosial di fb nie 

rumah busuk masih tetap di hati saya pada setiap masa

😀


ir. ajak

hobi rumah busuk

nov 23





25 November, 2023

kentut



sekeping capati

sekeping capati … rumah busuk  di hujunh sana  … citer selepas sholat jumaat siang tadi …

sebelum sholat jumaat sempat jamah nasi sket
maso khutbah mata layu 
sesekali tewas menongkat dagu kerana mengantuk
angguk angguk mengiya kan khutbah dibacakan oleh khatib

seusai sholat jumaat 
singgah jap di kedai babu untuk ilang kan dahaga anak tekak pekena nescafe tarik kurang manis
babu cakap capati sedap 
saya pun order lah sekeping capati padahal perot kenyang lagi

sampai jer sekeping capati
baru saya mula nak mula menjamah 
ada sekor anjing datang tak jauh dari meja saya duduk
anjing tur tengok saya macam meminta dikongsikan capati sekeping ini
saya carik carik kan capati ini bahagi kan sket sket kepada anjing itu
anjing itu makan perlahan lahan
pertama kali saya tengok anjing makan capati

sekeping capati ini
separuh untuk saya jamah 
separuh saya bagi kan kepada anjing ini makan jua
seusai sahaja capati habis dimakan 
anjing itu tenung saya dan berlalu pergi

ting wasup mesej masuk 
saya baca wasup dengan penuh teliti
teruja jua
tawar menawar saya berkaitan hasrat untuk bakal transaksi hartanah sejak seminggu lalu dengan agent … belum berjaya dimuktamadkan dengan harga yang saya pinta dan mahu kan

rupa nya mesej wasup dari agent
memaklumkan owner bersetuju dengan tawaran harga dari saya
RM190 ribu harga dimuktamadkan untuk hartanah di hujung sana … 

mungkin kan kah dengan pemberian ikhlas saya untuk berkongsi sekeping capati dengan anjing tadi 
membuka peluang pintu rezki untuk saya pada hari jumaat yang penuh barakah ini
padehal minggu lepas owner tidak berganjak langsung dengan harga rm200 ribu
rm10 ribu dapat di kurang kan pada petang ini selepas sholat jumaat
target saya untuk mendapatkan hartanah di bawah harga pasaran 

Alhamdulillah dengan peluang ini
jika tiada aral melintang
saya akan proceed dengan transaksi hartanah ini
telah beri arahan kepada panel lawyer
ini hobi saya sejak tahun 2010 lagi 
dah lebih 13 tahun berlalu masa
banyak pengalaman suka n duka
sempat terbitkan 2 buah buku hasil kumpulkan pengalaman itu
tiada urgent nak memiliki hartanah
sekadar mengisi masa yang terluang sahaja pada usia saya sebegini 

nota:
1. amalan yang boleh cuba di amalkan seharian
2. bersedekah selepas sholat subuh
3. sholat sunat dhuha
4. bersedekah di tabung masjid
5. berkongsi rezki secara ikhlas dengan orang lain  … termasuk binatang jua 
6. terus berdoa dari NYA agar dibukakan peluang pintu pintu rezki

ir. ajak
hobi rumah busuk
24.11.23 … gaji dah masuk agak nya boleh buat bayar deposit rumah busuk 😀









14 October, 2023

asam laksa

rindu beno teman ngan asam laksa nie haaa
ke dapo weh 😂




24 September, 2023

Healing

Potang Ahad
Gie healing di Pantai Port Dickson jap
Terasa kedamaian mendengar deruan ombak 
👌👍😀


23 September, 2023

Along Lapor Diri

ALONG MENGEJAR CITA CITA


Hari ini hantar Along untuk lapor diri

Demi untuk mengejar cita cita Along untuk menjadi seorang lulusan Akauntan 

Dah 9 bulan Along berada di rumah setelah tamat pengajian peringkat Diploma pada bulan disember 2022 tahun lepas

Sambil itu tempoh 9 bulan yang lalu Along buat kerja partime sebagai rider McD & Grab di Bandar Soromban untuk isi masa yang terluang 

Berjaya juga Along membeli sebuah motorsikal yang ada clutch secara tunai & membeli iphone berharga RM4k … Along yang cari duit sendiri … papa mama tak kisah … itu usaha Along sendiri kan


Along semangat nya konsisten untuk bercita cita menjadi Akauntan sejak dari peringkat sekolah lagi 

Sewaktu tingkatan 4&5 ambil kelas perakaunan 

Diploma pun ambil jurusan yang sama dan boleh pulak score apabila papa lihat keputusan membangga kan papa mama lah

Moga Along terus kuat semangat untuk menempuh segala cabaran yang mendatang demi mencapai cita cita 

Papa mama senantiasa mendoakan 

InsyaAllah Aamin🤲👌😀


Nota: 

  1. Alang tak dapat nak hantar .. coz berada si Kolej … mulai lusa nak exam selama 2 minggu
  2. Mama nya pesan macam2 … nampak nak sebak apabila nak berpisah dengan Along … Anak sulong kan kan 
  3. Papa buat steady steady … mana ada nak sebak sebak … kan kan … paham paham laaaa … jiwa kena kental … tak pun tak kan layan “hobi rumah busuk” … yuhuu😂


Ir. AJAK














17 September, 2023

3 Minggu

3 MINGGU KE BELAKANG PADAT JADUAL WEH …

Minggu ke 3 Ogos: Ke Penang, Perlis & Kedah
Minggu ke 4 Ogos: Madinah & Mekah untuk ibadah Umrah
Awal September: UK
Minggu lepas ini jadual padat di opis dengan pelbagai aktiviti kerja & meeting yang telah diaturkan rakan2 saya di opis

Sesibuk mana pun jadual saya
Sepenat mana pun saya
Mesti diselitkan untuk pergi ketemu bonda 
Cium tangan bersalam
Peluk bonda lepas rindu
Call tur memang kerap lah
Bonda mesti memasak sekadar yang mampu
Apa sajer dari air tangan bonda … pasti membuka selera saya … mengimbau kenangan masa saya kecik2 dulu
Bonda saya dah melewati angka 70an 

Weken saya bonding dengan family
Alhamdulillah atas segala peluang yang ada
Saya sangat bersyukur 🤲👌😀

Ir. AJAK


04 September, 2023

Dubai

KEHIDUPAN KITA


ini memang ibarat putaran roda

Ada masa kita di atas

Ada masa kita akan berada bi bawah

Semangat kena kental 

Jangan mudah untuk berputus asa

Lautan luas memang amat mencabar

Sekuat mana pun kita 

Sehebat mana pun kita usahakan

Berdoa kepada NYA tanpa gagal untuk memohon pertolongan agar semua urusan kita semua dipermudahkan 

Akhirnya kita bertawakal berserah kepada MU YA ALLAH


Ir. AJAK 😀

Dubai 4 Sept 23




02 September, 2023

Weken

BONDING TIME DENGAN FAMILY WEKEN

Memasing sibuk
Papa mama baru balik dari Umrah
Along pun sibuk jugak
Angah baru memulakan belajar di semester
Alang pun di kolej
Adam si bongsu ada di rumah mujur tak masuk asrama jugak 
Hari ini dapat berkumpul 
Kita bonding nonton wayang … makan2 … jenjalan di seremban, di putrajaya & sampai ke bukit bintang di kay el cari damascus 
Dari pagi tadi sampai ke malam ahad
Sesekali kami bersama begini memang syok
Saat moment begini terasa berharga sangat
🤲🤲🤲😀😀😀

Esok dah mula nak outstation semula !





















31 August, 2023

IBADAH UMRAH

MELEPASKAN KERINDUAN DI TANAH SUCI


Alhamdulillah penuh kesyukuran 

Selamat perjalanan pergi n balik bagi saya n wife ke Tanah Suci 

Semua urusan teratur n dipermudahkan Oleh NYA

Untuk melepaskan kerinduan yang membuak buak saban hari 

Jadual yang singkat .. dirancang n diaturkan sebaik nyer 

Tapi penuh erti buat saya n wife 


Sempat jua ke Madinah untuk menziarahi Makam Rasullullah, masuk Raudah bersholat sunat, sholat di Masiid Nabawi & sholat sunat dhuha di Masjid Quba 


Ibadah Umrah dilaksanakan jua tanpa gagal 

Berdoa di Multazam 

Mencium Baitullah

Lepak di Dataran Kaabah 

Beribadah di Masjidil Haram


Alhamdulillah atas segala peluang ini

Tahun ini kesempatan 2x hadir … Bulan Ramadhan & Safar 

Berdoa agar tahun depan ada kesempatan lagi untuk di jemput lagi untuk menjadi Tetamu Mu YA ALLAH

Pasti kerinduan akan bertamu lagi tanpa dipinta tanpa di paksa (macam rindu masa waktu bercinta dolu dolu)


Saya kena usaha n planning 

Kena menabung kewangan setiap bulan & simpan cuti rehat 

Berdoa kepada NYA

Mencari peluang n ruang 

Untuk rancang hadir diri lagi ke Tanah Suci 

InsyaAllah Aamin 🤲😀


Catatan Perjalanan Penyucian Jiwa 😀

Ir. AJAK

Ogos 2023