click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

27 November, 2023

recharge energy

luang kan masa untuk recharge energy …


jadual seharian kita memang sibuk selalu 

semua di kalangan kita ada perkara yang perlu dilaksanakan saban hari

yang bekerja di pelbagai sektor yang ada

tak kira lah kita di mana sekalipun

di ladang ker

di kilang ker

di pejabat ker

apa jua sekalipun lah 

dah nama nya bekerja 

mesti ada masa kita terasa penat 

ada kala nya terasa stress 

atau pun paling tidak terasa lelah lah orang kata


ambil lah peluang untuk luangkan masa untuk kita recharge energy 

agar kita rasa selesa dan kumpul kan kembali tenaga 

agar momentum kita untuk bekerja akan lebih kuat kembali 

kita mempunyai semangat untuk momentum kan diri


cara nak recharge energy ini ada pelbagai cara

cara kalian sendiri lah yer

yang ada kemampuan kewangan boleh merancang untuk bercuti di dalam negara atau di luar negara

boleh bersiar siar di shopping complex ker

pergi ke lokasi tepian pantai

mandi manda di lokasi air terjun

yang suka berhiking di bukit atau gunung

paling tidak pun bercuti hanya berehat di rumah menonton cerita di netflix

yang paling senang tidur sepuas puas nya agar badan kita segar bugar .. tidur di rumah jer … jimat 


saya apabila penat bekerja 

saya perlu kan masa untuk recharge energy jua

jika ada kesempatan

saya bercuti jugak lah

yang paling menyeronokkan saya ialah melayan hobi hartanah rumah busuk 

cuma lately ini saya kurang kesempatan untuk menulis dan berkongsi cerita rumah busuk di media sosial di fb nie 

rumah busuk masih tetap di hati saya pada setiap masa

😀


ir. ajak

hobi rumah busuk

nov 23





25 November, 2023

kentut



sekeping capati

sekeping capati … rumah busuk  di hujunh sana  … citer selepas sholat jumaat siang tadi …

sebelum sholat jumaat sempat jamah nasi sket
maso khutbah mata layu 
sesekali tewas menongkat dagu kerana mengantuk
angguk angguk mengiya kan khutbah dibacakan oleh khatib

seusai sholat jumaat 
singgah jap di kedai babu untuk ilang kan dahaga anak tekak pekena nescafe tarik kurang manis
babu cakap capati sedap 
saya pun order lah sekeping capati padahal perot kenyang lagi

sampai jer sekeping capati
baru saya mula nak mula menjamah 
ada sekor anjing datang tak jauh dari meja saya duduk
anjing tur tengok saya macam meminta dikongsikan capati sekeping ini
saya carik carik kan capati ini bahagi kan sket sket kepada anjing itu
anjing itu makan perlahan lahan
pertama kali saya tengok anjing makan capati

sekeping capati ini
separuh untuk saya jamah 
separuh saya bagi kan kepada anjing ini makan jua
seusai sahaja capati habis dimakan 
anjing itu tenung saya dan berlalu pergi

ting wasup mesej masuk 
saya baca wasup dengan penuh teliti
teruja jua
tawar menawar saya berkaitan hasrat untuk bakal transaksi hartanah sejak seminggu lalu dengan agent … belum berjaya dimuktamadkan dengan harga yang saya pinta dan mahu kan

rupa nya mesej wasup dari agent
memaklumkan owner bersetuju dengan tawaran harga dari saya
RM190 ribu harga dimuktamadkan untuk hartanah di hujung sana … 

mungkin kan kah dengan pemberian ikhlas saya untuk berkongsi sekeping capati dengan anjing tadi 
membuka peluang pintu rezki untuk saya pada hari jumaat yang penuh barakah ini
padehal minggu lepas owner tidak berganjak langsung dengan harga rm200 ribu
rm10 ribu dapat di kurang kan pada petang ini selepas sholat jumaat
target saya untuk mendapatkan hartanah di bawah harga pasaran 

Alhamdulillah dengan peluang ini
jika tiada aral melintang
saya akan proceed dengan transaksi hartanah ini
telah beri arahan kepada panel lawyer
ini hobi saya sejak tahun 2010 lagi 
dah lebih 13 tahun berlalu masa
banyak pengalaman suka n duka
sempat terbitkan 2 buah buku hasil kumpulkan pengalaman itu
tiada urgent nak memiliki hartanah
sekadar mengisi masa yang terluang sahaja pada usia saya sebegini 

nota:
1. amalan yang boleh cuba di amalkan seharian
2. bersedekah selepas sholat subuh
3. sholat sunat dhuha
4. bersedekah di tabung masjid
5. berkongsi rezki secara ikhlas dengan orang lain  … termasuk binatang jua 
6. terus berdoa dari NYA agar dibukakan peluang pintu pintu rezki

ir. ajak
hobi rumah busuk
24.11.23 … gaji dah masuk agak nya boleh buat bayar deposit rumah busuk 😀