Barber cakap
Botak 15 Riyal
Gondol 20 Riyal
Gini lah jadik nyer
Licin tak payah guna minyak rambut dah
Layan😀
RAUDAH …
Malam tadi jika ikut kan permit kelulusan
Giliran pada jam 2am pagi
Tunggu punya tunggu dibenarkan masuk sekitar jam 3am lebih
Alhamdulillah dapat sholat sunat & bermunajat kepada NYA pada karpet Hijau ini
Setiap kali berkunjung ke sini pasti nya akan cuba untuk rebut peluang ini
Dapat air zam2 sebotol untuk bekalan sahur
Seusai di Raudah … bersahur & sholat subuh berjemaah
Alhamdulillah atas segala peluang dari NYA
Aamin 🤲
HAPPY BIRTHDAY 18 ANGAH
Happy birthday 18 Angah
Muhammad Alif
Anak ke 2 papa mama
Makin membesar dah skrang
Tinggi dah sama papa
Misai pun dah mula nak tumbuh
Baru habis exam SPM sekolah Teknik ... ambil Kejuruteraan Awam
Kata Angah nak ikut jejak langkah macam papa jadik Jurutera Awam
Papa mama senantiasa beri sokongan
Yang paling utama mesti nak jadi baik akhlak & anak soleh yer & menjadi contoh kepada adik beradik
Alhamdulillah 👌😄
Nota: gambar malam kelmarin
TIADA APA YANG Ir. AJAK NAK PAMER KAN
Kehidupan saya biasa jer
Masih bekerja makan gaji untuk menyara family
Membesarkan anak2 yang masih belajar
Saya tiada rumah banglo untuk dipamerkan dalam wall FB
Saya tiada biznes & tiada produk untuk di gembar gemburkan dalam Tiktok ker
Nak uplud makan di tempat mewah pun tiada jugak … makan di gerai jer
Sesekali weken lawat rumah busuk
Untuk melayan hobi Isi masa lapang
Aktiviti rumah busuk nie pun sekarang saya dah mula slow down kan untuk membiasa kan diri di usia di hujung 40an
Saya hanya menikmati kehidupan secara biasa
Apa yang ada saya nikmati
Family man … menjadi keutamaan kini
Memberi manfaat apa yang terdaya kepada ummah dalam kerjaya
Minggu terakhir cuti sekolah !😀
RUANG DAPUR RUMAH BUSUK MAKIN MEWANGI
Ruang dapur rumah busuk sudah mula nak mewangi:
1. Lantai tiles sediaada telah dipecah dan digantikan dengan yang baru
2. Bina table top berbentuk L shape
3. Pasang tiles bersaiz 2 x 2 berwarna putih bagi permukaan table top
4. Memasang simple kitchen kabinet bahagian bawah table top
5. Memasang simple kitchen kabinet bahagian atas table top
6. Memasang simple hood
7. Memasang simple built in dapur gas
8. Ada 2 bowl sinki
9. Soft door closer bagi pintu pintu kabinet
Belum dibasuh lagi lantai tiles dan tiles table top ... Masih berabuk dan kotor
Ruang dapur nampak kemas dan teratur dengan keadaan begini siap sempurna nanti
Pasti kaum ibu / wife bersemangat untuk memasak di ruang dapur
Saya sekadar melayan hobi rumah busuk selepas waktu kerja pejabat n cuti weken
"Ingat rumah busuk ... Ingat Ir. AJAK ... Tapi Ir. AJAK tak busuk tau … Yuhuuu ! ! !"
Korang jangan menyampah plak yer ... Asyik ceriter umah busuk jer dari saya nie😄
Ir. AJAK
WEKEN LAWAT ANGAH
Weken sempat lawat Angah
Angah sedang exam SPM
Tinggal 3 paper lagi
Minggu ini ada paper kimia
Sembang sembang dengan Angah
Bagi semangat sket
Minggu depan 14 Mac last paper
15 Mac Angah bleh balik rumah dah
Doa kita untuk semua anak2 yang sedang exam SPM skrang ini
InsyaAllah Aamin 🤲