11 CABARAN LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK …
Memang syok layan hobi hartanah rumah busuk
Dah lebih 15 tahun saya aktif bermula sejak tahun 2010 lagi
Cabaran demi cabaran dilalui
Untuk mematang kan diri & pengalaman
Tidak ada istilah mudah untuk berjaya
Walaupun sekadar atas nama “layan hobi”
Komitmen saya sangat tinggi untuk merealisasikan rumah busuk kepada rumah wangi cun semerbak
Antara 11 senarai cabaran yang dapat saya terpikir untuk dikongsi kan:
- Ilmu rumah busuk
- Nak miliki rumah busuk
- Lokasi pemilihan rumah busuk
- Cadangan untuk reno/repair rumah busuk
- Pemilihan semua kontraktor yang terlibat
- Nak supervision semua kontraktor buat kerja
- Nak pastikan kontraktor buat kerja sebaiknya
- Ubah skop kerja semasa proses reno (nak ikut kehendak hati)
- Masa yang kita luangkan untuk aktiviti rumah busuk
- Modal yang diperlukan
- Kenaikan Kos bahan binaan & Upah dari masa ke semasa
Senarai di atas adalah perkara utama yang saya fikirkan
Masih ada lagi senarai yang boleh di tambah lagi
Maybe korang boleh tambah pada ruangan komen
Cuma saya tak sempat untuk huraikan setiap perkara di atas buat masa ini
Nota proses hartanah kes pada gambar yang ini :
- unit ini telah lulus consent
- agak lama prosesnya
- kerana unit ini melibatkan proses faraid daripada waris waris
- difahamkan arwah owner asal tiada anak
- waris waris perlu bersetuju untuk proses seterusnya
- setelah dilantik “pentadbir” baru boleh berjalan proses
- waris pula tiada kewangan yang mencukupi
- setelah saya membayar deposit 10% maka waris menggunakan sumber kewangan itu untuk membayar kepada pihak lawyer
- ada risiko kepada saya kerana proses faraid belum selesai
- dan belum tentu proses akan berjalan secara betul dan teratur sewaktu membayar deposit 10% terdahulu
- dengan niat untuk membantu proses dipermudah kan
- saya yakin proses boleh dilakukan dilaksanakan sebaik nya
- cuma masa menentukan segalanya
- Alhamdulillah proses faraid & lantik pentadbir harta pusaka berjalan secara baik
- consent pun telah lulus
- proses seterusnya untuk saya kumpul modal dalam tempoh 90 hari bagi selesaikan baki 90%
Layan di pagi cuti weken ini
Yuhuu😄
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment