click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

31 May, 2025

Berkain Pelikat …

Balik kampong
Berkain pelekat santai 
Suasana damai 
Cuaca cerah angin nyaman 
Sambil teh o panaz 
Alhamdulillah 🤲




q beli tiket …

q nak beli tiket train … balik kampong 😀






26 May, 2025

Anniversary 24 …

ANNIVERSARY Ke 24 …


ALHAMDULILLAH 🤲🤲🤲

Penuh kesyukuran ke Hadrat ALLAH swt


CATATAN:

Catatan khas buat mu isteri ku tersayang Hajah Fatimah …


NIKMAT JODOH:

Pada hari ini Isnin penuh kebahagian 26 Mei 2025 genap 24 tahun dah usia perkahwinan kita bersama

Alhamdulillah penuh kesyukuran kepada ALLAH swt

Nikmat jodoh yang berkekalan hingga ke hari ini

Yang dipinjam oleh NYA buat kami

Pada tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabul kan disatukan bersama dengan sekali lafaz akad 


BERCINTA:

Saat saat manis bercinta

Kata kata indah mesej melalui handphone

Tiada apps whatsapp masa tur

Tiada media social fb mahu pun insta apatah lagi tiktok 

Sekadar handphone motorola yang gedabak besar saiz nya

Pada masa tahun 2001

Abang jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun dengan rambut ramos tebal

Kau gegadis chomel kurus seusia 22 tahun

Jarak usia kami 5 tahun membezakan antara kita 


HIDUP BERSAMA:

Kita lalui hidup bersama sama 

Saling cuba memahami antara satu sama lain pada awal awal usia perkahwinan

Lengkap melengkapi antara kita jua 

Belajar erti kehidupan berkeluarga

Hidup secara harian denga amat sederhana cara kami 

Menyewa di flat tingkat 4 paling atas dan kereta kecil kancil warna hijau

Kami masak masak di dapur & bawa untuk menjimat kan perbelanjaan 

Di beri rezki dari seorang kidos kepada 4 kidos hero yang makin membesar kacak ensem belaka konon nya 


GADIS CEKAL:

Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas

Abang kagum dengan diri mu sayang

Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap dari hari ke hari gitur 

Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef di mata abang sewaktu di dapur untuk keluarga kita … masakan rondang daging pun sodap … asam pedas daging tetel pun menyelerakan

Menjadi kan abang makin boroi dan gedebus tembam macam skrang asyik makan makan sahaja 


TULANG BELAKANG:

Kau lah sayang tulang belakang dalam family ini

Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin seharian

Lewat malam baru tidur

Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga kita

Siang hari ke hulu ke hilir memandu kereta dengan pelbagai tujuan termasuk urusan hobi kita “rumah busuk” kita bersama 


MEMBANTU:

Tanpa mu sayang yang membantu

Mana mungkin abang boleh melayan hobi hartanah rumah busuk dari hari ke hari sejak berbelas tahun dahulu

Dikau sayang makin mahir dalam selok belok bab hartanah rumah busuk

Abang bangga dengan diri mu sayang

Ini yang kita sedang giat usahakan & sambil santai santai 

Sama sama jua kita melayan hobi suka melancong ke sana ke mari dengan pelbagai destinasi melihaf keindahan bumi milik Allah swt 


BERSYUKUR:

ALLAH swt sebaik baik nya pengatur dalam hidup

Abang amat bersyukur di jodohkan dengan dikau sayang

Memahami apa yang abang mahukan

Abang pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau sayang untuk terus bekerja mulai hujung tahun 2002 (berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa …


BERDOA:

Abang berdoa agar jodoh kita terus berpanjangan sehingga ke akhir hayat di kandung badan

Kekal kita bersama sama ke syurga jannah mu YA ALLAH

Itulah doa kita di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang terdahulu dan sama sama kita mengaminkan doa di depan Kaabah sewaktu keliling tawaf pada ibadah umrah saban tahun ke tahun

Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah bersama sama


HONEYMOON:

InsyaAllah nanti kita aturkan untuk honeymoon ke oberc lagi … seperti tahun tahun terdahulu (kıta kumpul modal)

Alhamdulillah ... InsyaAllah ... Aamin


Suami Mu Sayang ❤️

Ir. AJAK 😀

26 Mei 2025











19 May, 2025

ubi rebus

Hujan petang ini di seremban 
Balik dari opis
Sampai do rumah
Wife dah siapkan minum petang
Kopi O kampong, ubi rebus & sambal biliÅŸ
Alhamdulillah peberet saya 
Rezki petang ini 🤲👌😀




12 May, 2025

Potongan Mangga …

NASI LEMAK & BUAH MANGGA …


Nasi lemak & buah mangga 

Selalu nya pulut mangga dengan santan … kan kan

Sajer sesekali buang tebiat letak potongan mangga dengan nasi lemak 

Sebenar nya malas nak ambil piring di dapur 

untuk letak potongan buah mangga itu

Itulah alkisah nya

Tapi … sesuap makan nasi lemak di selang seli dengan suap buah mangga

Macam ada keserasian sedap nya

Ada rasa pedas oleh sambal

Masam manis oleh buah mangga

Ermmm next time bleh cuba lagi 

Alhamdulillah dah kenyang bekfes

cuti long weken wesak day 

😀




04 May, 2025

11 cabaran …

11 CABARAN LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK …


Memang syok layan hobi hartanah rumah busuk

Dah lebih 15 tahun saya aktif bermula sejak tahun 2010 lagi 


Cabaran demi cabaran dilalui 

Untuk mematang kan diri & pengalaman 

Tidak ada istilah mudah untuk berjaya 

Walaupun sekadar atas nama “layan hobi”

Komitmen saya sangat tinggi untuk merealisasikan rumah busuk kepada rumah wangi cun semerbak


Antara 11 senarai cabaran yang dapat saya terpikir untuk dikongsi kan:


  1. Ilmu rumah busuk 
  2. Nak miliki rumah busuk
  3. Lokasi pemilihan rumah busuk 
  4. Cadangan untuk reno/repair rumah busuk
  5. Pemilihan semua kontraktor yang terlibat 
  6. Nak supervision semua kontraktor buat kerja
  7. Nak pastikan kontraktor buat kerja sebaiknya 
  8. Ubah skop kerja semasa proses reno (nak ikut kehendak hati)
  9. Masa yang kita luangkan untuk aktiviti rumah busuk
  10. Modal yang diperlukan 
  11. Kenaikan Kos bahan binaan & Upah dari masa ke semasa


Senarai di atas adalah perkara utama yang saya fikirkan 

Masih ada lagi senarai yang boleh di tambah lagi 

Maybe korang boleh tambah pada ruangan komen


Cuma saya tak sempat untuk huraikan setiap perkara di atas buat masa ini


Nota proses hartanah kes pada gambar yang ini :


  1. unit ini telah lulus consent
  2. agak lama prosesnya
  3. kerana unit ini melibatkan proses faraid daripada waris waris
  4. difahamkan arwah owner asal tiada anak
  5. waris waris perlu bersetuju untuk proses seterusnya
  6. setelah dilantik “pentadbir” baru boleh berjalan proses
  7. waris pula tiada kewangan yang mencukupi
  8. setelah saya membayar deposit 10% maka waris menggunakan sumber kewangan itu untuk membayar kepada pihak lawyer
  9. ada risiko kepada saya kerana proses faraid belum selesai 
  10. dan belum tentu proses akan berjalan secara betul dan teratur sewaktu membayar deposit 10% terdahulu 
  11. dengan niat untuk membantu proses dipermudah kan 
  12. saya yakin proses boleh dilakukan dilaksanakan sebaik nya
  13. cuma masa menentukan segalanya 
  14. Alhamdulillah proses faraid & lantik pentadbir harta pusaka berjalan secara baik
  15. consent pun telah lulus
  16. proses seterusnya untuk saya kumpul modal dalam tempoh 90 hari bagi selesaikan baki 90%


Layan di pagi cuti weken ini

Yuhuu😄


Ir. AJAK











02 May, 2025

Kopi O

Nikmat Secawan Kopi O Cicah Biskut Kering Alhamdulillah Di Pagi Jumaat 🤲🤲🤲