BANYAK PILIHAN DALAM KEHIDUPAN …
Dalam rancak kita melayari bahtera kehidupan
Memang ada banyak pilihan yang kita ada dalam menentukan hala tuju kehidupan memasing
Pilihan itu dan pilihan yang ini
Memang kita yang pilih dalam kebanyakan situasi
Jika berkenan dengan kenderaan jenis itu
Maka berusaha sedaya mungkin untuk memiliki nya
Jika kita berasa minat dengan rumah yang berkenaan pasti kita juga berikhtiar ke arah untuk memilikinya
Sama juga dengan kelulusan yang dimiliki
Jika kita rasa kita mampu untuk menggapai peringkat yang tinggi dan ada pula peluang di depan mata pasti akan diusaha kan untuk direbut
Ada juga situasi yang kadang kadang kita tidak berjaya untuk menepis atau terpaksa ikut pada keadaan itu
Contohnya kita memcari rezeki di satu organisasi, maka kita perlu lah mengikut halatuju yang telah ditetapkan oleh pihak yang lebih tinggi dengan dasar atau polisi yang telah di gariskan
Adakalanya kita memberi pandangan demi untuk menyumbangkan idea ke arah kebaikan
Sama juga di restoran atau gerai yang kita mahu jamah makanan
Ada pilihan yang murah atau lokasi yang lebih tinggi harga nya
Kekadang pilihan kita bukan lah kerana harga makanan yang rendah tetapi kita pilih kerana mungkin kerana ada satu menu yang sangat kena dengan anak tekak kita
Dalam apa keadaan sekalipun dalam perjalanan kehidupan kita
Memang ada peluang untuk kita membuat pilihan dalam berbagai bentuk
Pasti ada sebab atau alasan yang menyebabkan kita membuat pilihan sesuatu perkara
Tak mustahil juga kita memilih perkara itu kerana tiada pilihan yang ada lain lagi
Sekadar pencerahan untuk menajam kan minda saya
Sambil membebel menulis untuk saya berfikir fikir
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Nota: gambar sekadar hiasan dari koleksi album lama
No comments:
Post a Comment