click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

26 April, 2025

Pilihan …

BANYAK PILIHAN DALAM KEHIDUPAN …

Dalam rancak kita melayari bahtera kehidupan
Memang ada banyak pilihan yang kita ada dalam menentukan hala tuju kehidupan memasing
Pilihan itu dan pilihan yang ini 
Memang kita yang pilih dalam kebanyakan situasi

Jika berkenan dengan kenderaan jenis itu
Maka berusaha sedaya mungkin untuk memiliki nya
Jika kita berasa minat dengan rumah yang berkenaan pasti kita juga berikhtiar ke arah untuk memilikinya
Sama juga dengan kelulusan yang dimiliki
Jika kita rasa kita mampu untuk menggapai peringkat yang tinggi dan ada pula peluang di depan mata pasti akan diusaha kan untuk direbut

Ada juga situasi yang kadang kadang kita tidak berjaya untuk menepis atau terpaksa ikut pada keadaan itu
Contohnya kita memcari rezeki di satu organisasi, maka kita perlu lah mengikut halatuju yang telah ditetapkan oleh pihak yang lebih tinggi dengan dasar atau polisi yang telah di gariskan
Adakalanya kita memberi pandangan demi untuk menyumbangkan idea ke arah kebaikan 

Sama juga di restoran atau gerai yang kita mahu  jamah makanan
Ada pilihan yang murah atau lokasi yang lebih tinggi harga nya 
Kekadang pilihan kita bukan lah kerana harga makanan yang rendah tetapi kita pilih kerana mungkin kerana ada satu menu yang sangat kena dengan anak tekak kita 

Dalam apa keadaan sekalipun dalam perjalanan kehidupan kita 
Memang ada peluang untuk kita membuat pilihan dalam berbagai bentuk
Pasti ada sebab atau alasan yang menyebabkan kita membuat pilihan sesuatu perkara 
Tak mustahil juga kita memilih perkara itu kerana tiada pilihan yang ada lain lagi 

Sekadar pencerahan untuk menajam kan minda saya 
Sambil membebel menulis untuk saya berfikir fikir
Yuhuu 😀

Ir. AJAK

Nota: gambar sekadar hiasan dari koleksi album lama 


20 April, 2025

Stylo …

JIKA MALAS KAU PUNYA PASAL LAAAA 😀 …

Kehidupan ini memang keras
Makin hari makin keras untuk lalui dalam proses kehidupan
Yang rajin memang boleh pergi jauh 
Yang ada semangat memang tak jadik hal
Yang tidak boleh pergi jauh dalam pelajaran
Boleh lengkap kan dengan kemahiran 

Kemahiran pula ikut kehendak memasing punya minat
Ada minat yang bertani 
Ada minat memasak
Ada minat jadi mekanik
Ada minat dalam medsoc
Ada macam macam minat yang boleh dipilih 
Jika betul gaya nya dengan kemahiran boleh menjana pendapatan untuk menyara kehidupan

Yang rajin gabungkan kemahiran & medsoc juga sangat mantap dan boleh pergi jauh 
Kehidupan ini memang keras tapi jika dilayan bebaik … InsyaAllah boleh hadapi dengan sebaik

Tapi jika malas kau punya pasal laaaa !!!
Sendiri mahu ingat lah 
Kan kan 
Ir. AJAK kategori biasa biasa sahaja 
Layan 😀

Ir. AJAK


Nota : gambar sekadar hiasan sahaja … koleksi dari gambar lama




19 April, 2025

Bergilir Memandu ….

BILA KITA TERASA PENAT MEMANDU … KITA BERGILIR …

Weken ini ramai yang pergi berhari raya 
Ke sana ke mari 
Ada yang jauh dan ada yang dekat 
Jalanraya pun ada yang jem sesak melekat 
Dengan hasrat kita menerima undangan dari rakan taulan mahupun dari saudara mara
Ini lah masa nya untuk ukhwah silaturahim 

Jika terasa penat memandu 
Kita bergilir dengan pasangan pula
Jika ada anak anak yang boleh menantu dan ada lesen yang sah … boleh juga kita minta bantu dari mereka

Tujuan bergilir adalah untuk memastikan pemanduan kita dalam keadaan selamat 
Sampai ke destinasi yang dituju 
Jika dalam penat kita paksa juga untuk memandu dikhuatiri boleh membahaya kan keadaan
Sekadar nasihat untuk diri saya dan kalian juga

Selamat berhari raya dan makan jamuan pelbagai juadah disediakan 
Perot kenyang mula lah mata pun nak lelap 
Kan kan 
😀

Nota : gambar sekadar hiasan




Beras Kita Beli …

KENKAWAN KATA “BERAS KITA BELI” … CISSS !


Nak menulis di medsoc 

Bukan boleh dipaksa paksa 

Kekadang ada idea 

Kekadang kering idea tak datang datang


Elok elok nak menaip 

Elok elok ada idea 

Elok bersemangat nak menaip

Tetiba

Mesej masuk 

Maka tengok baca mesej terlebih dahulu

Idea tadi yang terpikir nak menaip tadi pun dah lesap ilang ke mana


Tetiba plak ada panggilan dari dapur rumah 

“Bang, tolong ambil kain di mesin basuh, tolong sidai kan kain di jemuran”

baru nak duduk untuk sambung menaip semula 

“Bang, gas pulak habis, tolong pergi beli gas kat kedai runcit”

kenkawan kata “beras kita beli” … cisss

hahaha😀😀😀


itulah cabaran nak menulis

bila nak siap nya satu satu tulisan 

itu cuma alasan tak der idea nak menulis 

yuhuu😀


Ir. AJAK




18 April, 2025

Cinema

BONDING TIME & CINEMA ..

Bonding Time dongan family
Cukup korum untuk layan cinema
Dah beli 6 pax ticket pada awal pagi tadi secara online 
Kito layan 
Sholat isyak udah usai tidak lah rasa resah
Jangan mata terlelap sudah
Yuhuu 😀👌

Ir. AJAK






pewangi

REWARD DIRI …

Nak beli barangan mahal 
Tiada kemampuan 
Sekadar pewangi sahaja
50ml Diesel menjala di Airport Istanbul Febuary 2 bulan lepas … dah habis plak

Kita buka kotak baru 
Nak try Davidoff pun menjala di Airport Istanbul 
Dulu dulu pernah guna 
Cuma dah lama tak beli yang ini 
Ambil saiz 75ml sahaja 
Layan 😀




13 April, 2025

Bonding

BONDING TIME …

Gambar malam tadi lepas sholat maghrib
Weken ini semua anak anak balik dari kolej ke umah
Masa yang dapat bonding adalah masa gie makan 
Masa lain kekadang tak sempat 
Ada jer hal memasing 
Anak anak pergi beraya ke umah kawan dorang lah 

Masa ini lah nak chit chat dalam family 
Naik keter sama sama 
Saat yang paling best apabila semua dapat berkumpul 
Alhamdulillah dengan segala peluang yang ada
🤲🤲🤲😀




12 April, 2025

Maggi …

BAB MAKAN TIDAK SEMESTI NYA DI LOKASI MEWAH …

Bab makan ini tidak semestinya berada di lokasi yang mewah 
Selera yang ada jika kena caranya gerai bawah pokok pun nyum nyum sedap kan kan
Yang penting menjamah makanan apabila waktu terasa lapar

Santai sambil angin sepoi sepoi bahasa di waktu
petang
Bersyukur dengan segala pinjam rezki dari NYA
Yang penting baca doa makan & baca Bismillah juga
Ir. AJAK memang suka maggi goreng di gerai mamak 
Ado yang sudi nak belanja Ir. AJAK ker ?
Hehehe😀




Kucing

KUCING MILIK JIRAN SEBELAH RUMAH BUSUK 

Sedang saya n alang buat kerja di halaman rumah busuk
Kucing yang comei ini datang mendekati saya 
Manja cara datang 
Saya belai kepala kucing ini 

Tetiba kucing datang ke saya 
Maybe cara kucing nak minta maap pada bulan syawal ini kot
Maklum lah kekadang pada porch ada najis kucing 
Saya agak sahaja 
Bukan menuduh kucing yang ini 

Kebetulan saya tidak nampak dengan mata saya 
Tiada pasang kamera cctv 
Saya raikan sahaja 
Jika ada najis kucing pada porch atau halaman rumah busuk … saya buang kan sahaja … abis cerita 
Kan kan

Kehidupan ini jangan banyak sangat nak mengeluh itu dan ini 
Sajer bebel kan 
Yuhuu😀

Ir. AJAK




06 April, 2025

Esok Raya

Alhamdulillah Berbuka Puasa Sunat Untuk Hari Ke 6
Bertambah Nasi Dengan Sambal Simple Dengan Durian 🤲😀