click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

14 October, 2024

Arwah Ayah Cik 14.10.24

BAPA SAUDARA PERGI MENEMUI PENCIPTA …


Bapa saudara saya pergi buat selama lama nya 

Pergi menemui pencipta NYA

Saya rasa sedih

Saya panggil “Ayah Cik” … adik kepada ayah saya

Ayah Cik baik dengan saya 

Sewaktu saya kecil … ingat lagi Ayah Cik tak pernah lupa nak bagi duit raya kepada saya 

Saya doakan agar roh arwah dicucuri dan di tempat kan di kalangan orang beriman 

Kubur berhampiran pusara arwah Atok & Opah


Tiada lah lagi saya dapat mesej kepada Ayah Cik setiap kali hari gaji masuk … “Thanx Ajak” itu

bunyi balassn mesej dari Ayah Cik setiap bulan kepada saya


Saya bermusafir dari seremban ke perak

Wife teman kan … apabila saya terasa penat & mengantuk … wife bantu bawa kan kereta sambil saya hirup air minuman panas


Al Fatihah buat arwah 🤲







13 October, 2024

Modal Ir Ajak …

MODAL HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK Ir. AJAK …

Jika di sebut sahaja bab hartanah 
Mesti ramai yang membayang kan bab kos modal
Ya memang tidak dinafikan akan perkara ini 
Tiada modal yang nak diperuntukkan memang tidak akan menjadi weh 
Ada modal boleh dilaksanakan secara fizikal 
Tiada modal kita tidak boleh laksanakan yer 

Memang modal menjadi peranan utama 
Jika nak reno rumah sendiri 
Katakan lah nak tambah dapur basah di ruangan tanah kosong di belakang rumah teres unit tengah 
Kurang kurang nak ada modal sekitar RM15 ribu minimum (nak bina lantai, dinding, tiang, bumbung, lantai tiles, pintu kayu/grill, table top sahaja tanpa kabinet, rewiring elektrik lampu kipas soket, maybe juga ruang mesin basuh tempat buang air basuhan dan lain lain item
berkaitan)
silap silap tak cukup jumlah kos RM15 ribu jikalau ruangan saiz yang besar dan pelbagai tambahan kerja yang lain lagi diperlukan

Bab modal jika disebut sangat subjektif
Ada jer peluang untuk diperolehi:
1. Simpanan wang gaji 
2. Dapat bonus kerja
3. Hasil berniaga sambilan
4. Hasil kerja sambilan
5. Dapat wang insuran
6. Pinjam dari bank
7. Pinjam dari isteri/suami
8. Anak anak hadiah kan wang
9. kwsp 
10. ibu bapa support
11. dan lain lain sumber lagi 

Saya terus terang cakap bab sumber kewangan saya sejak bermula pada tahun 2010 yang lalu (dah lebih 14 tahun) adalah bermula seperti berikut:

1. simpanan di bank bermula kerjaya sejak tahun 1998 (12 tahun menabung sehingga tahun 2010)
2. jual rumah pertama saya di selangor (hasil lebihan wang setelah ditolak loan pembiaya)
3. pinjaman peribadi di kuwait finance house (20 tahun tempoh … loan ada baki 6 tahun lagi)
4. pinjaman peribadi di cimb bank (20 tahun tempoh … loan ada baki 6 tahun lagi)
5. tutup akaun kwsp ada dapat wang (pada masa itu saya ada peluang berbuat sedemikian mengikut prosedur yang dibenarkan pada keadaan kes saya)
6. pinjam sedikit dari wang simpanan isteri saya lah (telah habis dipulangkan)
7. saya pernah juga meminjam wang dari bonda (telah habis dipulangkan)

Dengan ada nya satu jumlah terkumpul ini lah saya memulakan hobi hartanah rumah busuk dari tahun 2010 sehingga lah ke hari ini 

Sekadar perkongsian saya pada weken today 
Rasa nya pertama kali saya menulis selengkap ini sumber kewangan saya untuk melayan hobi hartanah rumah busuk
Tiada yang mudah dalam kehidupan ini 
Hidup ini keras dik !!!

Ir. Ajak 😀
Hobi Hartanah Rumah Busuk
13.10.24 Ahad








12 October, 2024

Teksi Sapu

Nak sewa range rober tak cukup wang nak bayor 
Sewa ninja turtle pak arab yang bawak 
(kategori teksi sapu)
Janji sampai n aircon sejuk
Kehidupan ini banyak pilihan
Jangn terlalu memilih … kan kan 😂



Range Rober

Range Rober … saya mampu tengok jer laaa
Mampu guna public transport pun dah Alhamdulillah syukur 🤲
Masih tak bleh nak move on bab itu … hahaha 




05 October, 2024

rindu 2 bulan dah …

2 bulan dah tak jamah mee segera
rindu nya 
letak 2 biji telo kasi pekat kuah
masak sendiri kat dapo puas hati banding di kedai mamak
yummy 👍😀