click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

15 September, 2024

Kaabah

BERUSAHA …

saya lahir di kampong
dibesarkan di kampong
anak posmen … arwah ayah saya bekerja sebagai posmen
bukan dari keluarga yang senang senang 
Alhamdulillah saya bersyukur dengan segalanya 
ketidakselesaan membuat kan saya senantiasa berusaha untuk memperbaiki keadaan kehidupan 
semangat makin kuat untuk berusaha sebaiknya

cabaran dalam kehidupan merupakan lumrah yang perlu kita lalui
mahu tak mahu kita perlu berusaha mengatasi nya 
dengan meletakkan kepercayaan & keyakinan kepada Allah swt akan membantu kita semua

saya sendiri mesti ada cabaran yang perlu dilalui yang tidak boleh kita elak:
sejak dari zaman belajar hingga lah menamatkan pengajian di bidang yang diimpikan
membina kerjaya 
dalam kerjaya seharian
membina keluarga & ketua keluarga
mengejar cita cita untuk bergelar profesional & mengekalkan tahap profesional 
melayan hobi rumah busuk dengan pelbagai cabaran jua … modal nya … masa nya … pelbagai karenah kontraktor … hingga lah menjadi rumah wangi sewangi nya dari keadaan rumah busuk yang dipandang sepi oleh jiran jiran 

saya insan biasa sahaja 
tiada apa yang boleh dibanggakan sangat
sekadar menikmati kehidupan
telah meniti usia ke 5 siri
anak anak makin membesar dah 

saya jua tidak terlepas dari ujian ujian dalam kehidupan 
diuji dengan sakit tahap 5 covid yang agak teruk yang hampir meragut nyawa saya pada tahun 2021
diuji dengan fitnah dari masa ke semasa tanpa tahu sebab nya oleh saya sendiri
namun saya kuat kan semangat bahawa itu ujian dari NYA untuk saya n family

saya sekadar mahu hidup tenang tenang sahaja 
tidak bercita tinggi untuk jadi kaya raya
cukup lah sekadar cukup seadanya 
ada peluang setiap tahun berkunjung di Tanah Suci menaiki penerbangan kelas ekonomi pun sudah sangat saya bersyukur seadanya 
tidak lah mahu mengejar kedudukan yang tinggi tinggi melangit 
Alhamdulillah 🤲

Nota: muka tetap senyum … walaupun di asak … jika saya ke depan sket lagi akan terperosok di bawah ketiak oleh abam saiz besar itu (ohhhh tak sanggup saya … ahakkksss) … tak cukup tinggi saya weh … hehehe😀 … gambar sekadar hiasan sahaja 😀

Ir. Ajak
September 2024
Dataran Kaabah



No comments: