click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

12 May, 2024

Rumah Busuk Lagi

11 CADANGAN PERLU AMBIL KIRA UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK …


Weken mesti nak layan hobi 

Hasrat melayan hobi hartanah rumah busuk 

Memang tidak ditinggalkan


Anda kenkawan yang berhasrat jika nak layan hobi ini 

Kena cuba ambil kira beberapa faktor ini juga yer:

  1. Buat semakkan kawasan yang mahu miliki hartanah 
  2. Kirakan juga bajet hartanah rumah busuk 
  3. Mesti nak tahu apa tujuan miliki hartanah berkenaan 
  4. Perlu masukkan bajet untuk repair & reno 
  5. Pemilihan kontraktor 
  6. Jika melibatkan fully reno ada ubahsuai porch & dapur ... saya cadangkan buat permohonan pelan ubahsuai 
  7. Masa proses reno ... buat pemantauan kepada proses kerja kontraktor 
  8. Penting juga melibatkan pasangan kita ... bincang bebaik apa apa sahaja pandangan untuk reno
  9. Jangan terlalu ghairah untuk banyak sangat perubahan sewaktu reno ... nanti bajet burst tau … lari bajet payah nak ejas
  10. Doa bebanyak kepada ALLAH swt agar semua proses dipermudahkan oleh NYA
  11. Bincang bebaik dengan rakan kontraktor dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan untuk mengurangkan pelbagai risiko bagi hasil yang terbaek untuk rumah busuk 


Yuhuu 😄


Ir. AJAK 

Hobi hartanah rumah busuk 





05 May, 2024

Bersabar …

10 TIPS BERSABAR SELALU UNTUK MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK …


Pagi ahad weken nie haaa

Sempat untuk menulis sket 

Sambil layan hobi rumah busuk 


Perlu banyak banyak bersabar yer:

1. Melihat rumah busuk dengan pandangan sinis dan jelek ... Itu perkara biasa ler untuk dilalui dalam situasi begini 


2. Skeptikal awal dengan potensi rumah busuk ... Itu dah memang lumrah kenkawan di sekeliling kita nie haaa


3. Kenkawan pandang sebelah mata ... Buat dek jer lah buat alkisah macam tiada ada apa apa yang berlaku sebenar nya


4. Ahli keluarga macam tak sokong pada peringkat awal ... Perlu hadapi dengan tabah yer sampai kita boleh buktikan rumah boleh menjadi cantek mewangi cun melecun macam cik adik manis di hujung kampong sana


5. Pelbagai isu untuk diselesaikan tentang rumah busuk ... Selesaikan satu satu hingga sempurna semua perkara walaupun kekadang payah sampai nak give up … contoh nya jiran jiran letak kan barang sampai 5 lori 3 tan


6. Sebahagian kontraktor pun malas nak layan kes kita kerana leceh ... Carilah kontraktor yang mahu bekerjasama dengan kita dari mula kerja sampai ke siap sempurna rumah itu


7. Masalah modal untuk reno bagi wangi ... Bank kan ada boleh bagi pinjam atau buat simpanan sket sket lama lama jadik lah bukit … tak pun bodek pinjam dari wife tersayang 


8. Call off selalur sewaktu nak masuk lelongan awam ... Saya dah masak keadaan ini ... next kes pula  ... Jangan mudah mengalah … terus berjuang yer


9. Perlu banyak bersabar melayan rumah busuk ... Saya dah lali dah ... namun kita kena senantiasa kental … jika rasa kecewa  rehat lah sebentar sambil minum kopi secawan 


  1. Berdoa kepada ALLAH swt agar senantiasa diberi ruang n peluang ... jangan putus ada … tawakal jer 


Sajer nak membebel pepagi nie

Orait geng itu jer yang sempat nak taip

Jadual agak penuh weken ini

Saya kan layan hobi hartanah jer

LIKE setelah baca😄

SHARE untuk manfaat kenkawan yer

Yuhuu 😄👍


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk





04 May, 2024

Mendebarkan



Tak Bleh Lelap

BERMUSAFIR …

Co pilot sambung drive 
Saya mata dah layu weh
.
.
Isu nya
Bila wife bawa jer pegang stereng … mata saya jadik terbuka besar
Walaupun terasa ngantuk
Adoiii 
.
.
Kalian camner bleh lelap ker 😀




musafir

Weken layan hobi hartanah
Uruskan dokumen berkaitan 
Nak bermusafir 2 hala ratus kilo jugak
Layan jer 
Sekadar hobi 😀