click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

26 February, 2023

49

MY BIRTHDAY 49


ALHAMDULILLAH:

Alhamdulillah penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH swt 

Dipinjamkan usia dan segala nikmat hingga ke hari ini 26 Febuari 2023

Pasrah saya seadanya

Genap usia saya ke 49 tahun pada hari ini


BONDA:

Terima kasih kepada bonda tersayang yang mengandungkan saya dalam tempoh 9 bulan dan melahirkan serta penuh kepayahan membesarkan saya yang dikabarkan agak nakal pada waktu kecil dolu dolu

Tak lupa buat Arwah Ayah yang bersusah menyara saya & family .... Al Fatihah 


ISTERI:

Terima kasih jua buat isteri tercinta yang senantiasa bersama saya di kala susah & senang 

Terima kasih semua kidos & adik adik yang mendoakan perjalanan hidup saya ini


UKHWAH:

Sejambak ikatan ukhwah silaturrahim buat kalian semua kenkawan yer 

Pastinya doa untuk kita semua yang baik2 ajer agar senantiasa dirahmati selalu 


Alhamdulillah atas segala peluang pinjaman dari

NYA untuk kehidupan ini

InsyaAllah Amin😄


Ir. AJAK

26 Febuari 2023





25 February, 2023

Pilihan Kita

PILIHAN DI TANGAN KITA

Pilihan di tangan kita:
Nak pilih secawan kopi yang harga berbelas atau harga kurang dari 5 ringgit 

Nak pilih harga sepinggan telur goreng dadar yang berharga hampir 20 ringgit atau harga yang sekitar 5 sepinggan 
Nak makan nasi goreng kampong yang berharga sekitar 20 hengget atau yang sekitar 8 hengget

Memang betoi yang membeza kan nya adalah prestij sahaja 
Tapi sesekali untuk kita merasa nikmat itu tidak lah salah 

Maka jika layak & mampu pun tidak salah untuk menikmati perkara itu 
Pokok pangkal nya pilihan adalah di tangan kita 
Nasihat ini diri saya sendiri jugak yer 

Sekadar coretan saya ambil duduk atas kerusi empuk di sini 
Kerusi ini saya tumpang duduk sebentar jer 

Ir. AJAK 




19 February, 2023

Malam Minggu

CITER MALAM MINGGU

Tetiber lepas isyak malam tadi
Wife cakap “ngidam” nak makan Shawarma Damascus & Falafel dekat Bukit Bintang 
Meriah malam minggu kat sana semesti nya 

Takkan Ir Ajak nak kecewa kan permintaan wife kan kan 
Apa lagi pakai t shirt  
Tak sempat pun nak pakai minyak rambut (rambut pun dah tak der)

Terus merempit ke KL dari soromban 
Soromban hujan plak semalam 
Sajer mengimbau memori masa kerja di KL pada tahun 1998-2004 (jaman bercinta dolu dolu)

Tiber kat sana 
Mak aiii ramai nya berbaris beratur nak beli 
Sabo jer ler 
Ir Ajak cayang bini 
Muahhhhhh❤️😀














18 February, 2023

Moral Support

MORAL SUPPORT


Hari ini hadir ke asrama anak ke 2 (Angah) … ada Majlis Bacaan Surah Yasin & Sholat Hajat … ikhtiar untuk hadapi exam SPM … batch tahun ini kata ucapan Pengetua tadi antara paling mencabar kerana masa PTK dahulu tidak sempat kerana Pandemik Covid 19 melanda … 


Sesibuk mana pun saya dalam urusan kerjaya & aktiviti harian … family saya utama kan jua … 2 minggu lagi papa mama datang lawat Angah lagi yer … bagi moral support ðŸ˜€







ISRAK MIKRAJ


Saban tahun kita akan menyambut 27 Rejab merupakan Peristiwa Israk Mikraj 

Malam tadi berkesempatan bawa anak ke 3 Alang bersama ke Masjid 

Sama sama kita menghayati & memgambil iktibar erti sebenar Israk Mikraj


Selamat bercuti rehat buat kalian semua !😀









14 February, 2023

Bahagia

Kehidupan antara kita semua mungkin tidak sama

Setiap antara kita berhak untuk menikmati rasa bahagia 

Kita bahagia dengan cara kita memasing 

Jangan kisah dengan orang lain 





12 February, 2023

Ais Cream Roti

CO PILOT vs AIS CREAM ROTI

Apabila saya mengantuk bawa kereta bermusafir beratus Km
Ganti co pilot pula bawa 
Time yang best apabila Berhenti Di RnR 
Ada plak abang yang Jual Ais Cream roti 
Wah nikmat nyer makan gini 
Sambil tur suap kan ke co pilot 
Romantik gitur 
Ini baru winter sonata Di musim salju 
Korea ohh korea 
Hahaha 😀




Kacang

KACANG PAGODA

Aku suka makan kacang
Lepas lunch hari weken 
Ini lah keje aku 
Sebungkus nie aku nyer sorang jer 

Selagi gigi bleh mengunyah 
Tak pun guna gigi palsu 
Siapa suka kacang gini 
Kita geng 😀






Riadah

Kat Korea sojuk ya amat sampai gigil 
Kat sana tak sempat kluar peluh 

Apabila dah sampai Kat soromban 
Kita riadah keluar kan peluh

Trim Rumput depan Kolam Ikan 
Nampak kemas sket 

😀




7 Item …

7 ITEM YANG DICADANGKAN UNTUK RENO DI RUANG TAMU RUMAH BUSUK


Pada Pagi weken gini 

Macam macam korang yer

Mesti ada yang malas malasan pada pagi nie

Ilex ilex layan jer lah ðŸ˜€


Item item yang dicadangkan untuk ubahsuai ruang tamu rumah busuk:

  1. Pintu bagi cun sket : Supaya sedap mata memandang … pada dalam keadaan biasa … kita akan masuk Melalui pintu utama … kita rasa happy & tenang apabila pintu pun nampak cun 
  2. Tingkap yang simple: nak pastikan cahaya masuk ke ruang tamu ... walaupun ruang tamu kita tidak sebesar rumah semi d mahu pun banglo .... cukup untuk keselesaan kita sekeluarga
  3. Plaster siling: terasa kemas jer apabila memandang ke siling rumah ... dapat mengelak juga dari habuk habuk dari bahagian bubuk jatuh langsung ke lantai ruang tamu
  4. Lantai tiles: senang nak menyapu & mengemop ... terasa bersih jer lantai apabila dipijak ... kan kan 
  5. Lampu: pastinya untuk bagi terang apabila waktu malam ... takkan nak duduk dalam gelap gelita ... tak gitur
  6. Kipas: jika cuaca panas adalah angin apabila kipas berpusing ... selesa jika dapat pasang jenis kawalan remote sambil baring di sofa boleh ejas kelajuan pusingan kipas
  7. Socket elektrik: untuk pelbagai kegunaan di rumah tamu .... nak pasang peti tv dan sebagainya ... korang lagi lebih arif


Dengan ada item item yang disenaraikan di atas akan dapat memberikan keselesaan untuk penggunaan ruang tamu

Sekadar pandangan saya sahaja yer

Bukan satu kewajipan untuk melaksanakannya

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk








11 February, 2023

Kehidupan Ini Keras

KEHIDUPAN INI PENUH CABARAN


Kehidupan ini penuh cabaran 

Siapa kata kehidupan ini mudah 

Nak mencapai cita cita 

Kekadang ada cabaran yang keras menanti 


Malah nak ngorat awex korea pun 

Belum tentu bleh sangkut lagi tau 

Guna lah taktik winter sonata sekalipun 

Jika tak kena strategi tak mengena jua 


Jalan yang paling ada peluang 

Timba ilmu sebaiknya nyer 

Cari guru yang berkaliber/wibawa

Copy paste sesuatu perkara yang telah terbukti berjaya 


Jangan terpedaya dengan gelaran “sifu”

Kekadang baru “Setahun Jagung”

Dah mendabik dada di gelar “sifu”

Kemon kenkawan 


Saya bukan sifu yer

Saya sekadar “Ir. AJAK”

Sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk

Memang tak bleh move on dengan rumah busuk

Rumah busuk tetap di hati !


Hahahaha😀




07 February, 2023

Minum Petang

Minum petang dongan awex korea
Sambil bincang ceriter rumah busuk 
Tak abih abih nak cerita rumah busuk yer
kan kan😀







Kehidupan

KEHIDUPAN YANG SIMPLE


Saya tidak lah kaya dengan harta benda

Sekadar kaya dengan senyuman jer

Kehidupan yang simple yang boleh

Adalah idaman saya selalu


Kehidupan saya macam kalian jua

Ada family

Ada kerjaya 

Ada hobi yang saya suka layan saban masa


Sewaktu kita laksanakan sesuatu perkara kita hendak lah fokus

Tanamkan sifat dedikasi

Buat sesuatu dengan sungguh sungguh

Pasti ada manfaat untuk semua 


Usia saya kian meningkat 

Kini tanpa sedar sudah berada di hujung angka 4 siri

Tiada apa apa cita cita tinggi yang saya ingin kejar kan lagi .. apa yang telah ada Syukur Alhamdulillah 

Cuma hobi hartanah rumah busuk masih dalam radar aktiviti agenda weken saya 


Nak cover ibadah yang rasa nya banyak kurang pada usia muda 

Nak gie ibadah umrah setiap tahun .. aktiviti tahunan yang saya jadualkan sejak 10 tahun lalu tanpa gagal (moga Allah swt jemput lagi) .. tahun 2020 tak sempat gie coz pandemik Covid 19 melanda

Nak cover untuk luang kan masa bersama family & wife yang kerap saya skip kan sewaktu sibuk mencari rezki dengan kerjaya harian sebagai seorang Jurutera Profesional

Nak buat sesuatu yang saya suka buat


Sekadar coretan di cuaca sejuk

Memanas kan jari jemari yang terasa kesejukan 

Cuba mencergas kan otak keluar kan idea menaip

Berkongsi apa yang terlintas di minda saya 


Apa yang kalian idam kan dalam kehidupan ?

Jika sudi cer kongsikan di ruangan komen

Sebagai panduan kenkawan jua

😀


Ir. AJAK





06 February, 2023

Winter Sonata

WINTER SONATA

Di mana kaki melangkah
Di situ kita sampai .. InsyaAllah

Di mana awex menyapa
Di situ kita menyahut 

Bleh ker gitur kenkawan … monday blues !😀
Nota: wife aku baca nie … jenuh kena cubit …  awex korea ohhh korea … hahaha😀




Susu Pisang

Susu pisang nie terasa sedap pada anak tekak saya
Siapa pernah cuba 
Komen sket 😀




Sama Sama …

Pasangan yang menerima kekurangan memasing .. akan sedaya upaya melengkapi antara satu sama lain .. bleh gitur ! ðŸ˜€