click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

05 May, 2024

Bersabar …

10 TIPS BERSABAR SELALU UNTUK MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK …


Pagi ahad weken nie haaa

Sempat untuk menulis sket 

Sambil layan hobi rumah busuk 


Perlu banyak banyak bersabar yer:

1. Melihat rumah busuk dengan pandangan sinis dan jelek ... Itu perkara biasa ler untuk dilalui dalam situasi begini 


2. Skeptikal awal dengan potensi rumah busuk ... Itu dah memang lumrah kenkawan di sekeliling kita nie haaa


3. Kenkawan pandang sebelah mata ... Buat dek jer lah buat alkisah macam tiada ada apa apa yang berlaku sebenar nya


4. Ahli keluarga macam tak sokong pada peringkat awal ... Perlu hadapi dengan tabah yer sampai kita boleh buktikan rumah boleh menjadi cantek mewangi cun melecun macam cik adik manis di hujung kampong sana


5. Pelbagai isu untuk diselesaikan tentang rumah busuk ... Selesaikan satu satu hingga sempurna semua perkara walaupun kekadang payah sampai nak give up … contoh nya jiran jiran letak kan barang sampai 5 lori 3 tan


6. Sebahagian kontraktor pun malas nak layan kes kita kerana leceh ... Carilah kontraktor yang mahu bekerjasama dengan kita dari mula kerja sampai ke siap sempurna rumah itu


7. Masalah modal untuk reno bagi wangi ... Bank kan ada boleh bagi pinjam atau buat simpanan sket sket lama lama jadik lah bukit … tak pun bodek pinjam dari wife tersayang 


8. Call off selalur sewaktu nak masuk lelongan awam ... Saya dah masak keadaan ini ... next kes pula  ... Jangan mudah mengalah … terus berjuang yer


9. Perlu banyak bersabar melayan rumah busuk ... Saya dah lali dah ... namun kita kena senantiasa kental … jika rasa kecewa  rehat lah sebentar sambil minum kopi secawan 


  1. Berdoa kepada ALLAH swt agar senantiasa diberi ruang n peluang ... jangan putus ada … tawakal jer 


Sajer nak membebel pepagi nie

Orait geng itu jer yang sempat nak taip

Jadual agak penuh weken ini

Saya kan layan hobi hartanah jer

LIKE setelah baca😄

SHARE untuk manfaat kenkawan yer

Yuhuu 😄👍


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk





No comments: