click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

26 May, 2024

anniversary 23

ANNIVERSARY Ke 23


ALHAMDULILLAH πŸ€²

Penuh kesyukuran ke Hadrat ALLAH swt


CATATAN:

Catatan khas buat mu isteri ku tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak


NIKMAT JODOH:

Pada hari ini Ahad penuh kebahagian 26 Mei 2024 genap 23 tahun dah usia perkahwinan kita bersama

Alhamdulillah penuh kesyukuran kepada ALLAH swt

Nikmat jodoh yang berkekalan hingga ke hari ini

Yang dipinjam oleh NYA buat kami

Pada tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabul disatukan bersama dengan sekali lafaz akad 


BERCINTA:

Saat saat manis bercinta

Kata kata indah mesej melalui handphone

Tiada apps whatsapp masa tur

Tiada media social fb mahu pun insta apatah lagi tiktok 

Sekadar handphone motorola yang gedabak besar saiz nya

Pada masa tahun 2001

Abang jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun dengan rambut ramos tebal

Kau gegadis chomel kurus seusia 22 tahun

Jarak usia kami 5 tahun membezakan antara kita 


HIDUP BERSAMA:

Kita lalui hidup bersama sama 

Saling cuba memahami antara satu sama lain pada awal awal usia perkahwinan

Lengkap melengkapi antara kita jua 

Belajar erti kehidupan berkeluarga

Hidup secara harian denga amat sederhana cara kami 

Menyewa di flat tingkat 4 paling atas dan kereta kecil kancil warna hijau

Di beri rezki dari seorang kidos kepada 4 kidos hero yang makin membesar kacak ensem belaka konon nya 


GADIS CEKAL:

Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas

Abang kagum dengan diri mu sayang

Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap dari hari ke hari gitur 

Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef di mata abang sewaktu di dapur untuk keluarga kita … masakan rondang daging pun sodap 

Menjadi kan abang makin boroi dan gedebus tembam macam skrang asyik makan jer 


TULANG BELAKANG:

Kau lah sayang tulang belakang dalam family ini

Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin seharian

Lewat malam baru tidur

Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga kita

Siang hari ke hulu ke hilir memandu kereta dengan pelbagai tujuan termasuk urusan hobi “rumah busuk” kita bersama 


MEMBANTU:

Tanpa mu sayang yang membantu

Mana mungkin abang boleh melayan hobi hartanah rumah busuk dari hari ke hari sejak berbelas tahun dahulu

Dikau sayang makin mahir dalam selok belok bab hartanah rumah busuk

Abang bangga dengan diri mu sayang

Ini yang kita sedang giat usahakan & sambil santai santai 

Sama sama jua kita melayan hobi suka melancong ke sana ke mari dengan pelbagai destinasi melihaf keindahan bumi milik Allah swt 


BERSYUKUR:

ALLAH swt sebaik baik nya pengatur dalam hidup

Abang amat bersyukur di jodohkan dengan dikau sayang

Memahami apa yang abang mahukan

Abang pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau sayang terus bekerja mulai hujung tahun 2002 (berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa


BERDOA:

Abang berdoa agar jodoh kita terus berpanjangan sehingga ke akhir hayat di kandung badan

Kekal kita bersama sama ke syurga jannah mu YA ALLAH

Itulah doa kita di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang terdahulu dan sama sama kita mengaminkan doa di depan Kaabah sewaktu keliling tawaf pada ibadah umrah saban tahun

Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah bersama sama

Alhamdulillah ... InsyaAllah ... Aamin


Suami Mu Sayang 

Ir. AJAK

26 Mei 2024





22 May, 2024

hantu kak limah

SIASAT 10 PERKARA:  … TERMASUK LAH USHA HANTU KAK LIMAH πŸ˜€


Apabila di kabar kan dalam laporan di dada akhbar bahawa pasaran hartanah kembali akan aktif n rancak …


Jangan lah terlalu ghairah sangat untuk miliki rumah busuk tu yer 

Cuba lah semak semak perkara sepatutnya 


Buat 10 siasatan ke atas rumah busuk meliputi perkara perkara berikut:


  1. Dapatkan info owner ... siapa pemilik ... lokasi owner ... ker dah meninggal dunia 
  2. Dapatkan status hakmilik ... buat lah carian di kaunter pejabat tanah ... ada bayaran dikenakan di kaunter 
  3. Tengok ada kaveat ker ... salah satu info yang ada pada dokumen carian 
  4. Semak ada hutang bank ... salah satu info yang ada pada dokumen carian 
  5. Usha usha jiran sekeliling  ... pergi jer lawat ke lokasi ... ronda ronda naik kapcai or skuter 
  6. Kaji jua harga pasaran ... carilah info ... jika ada kawan valuer senang sket
  7. Semak anggaran sewa ... cuba lah cari info Iklan di portal mudah ... selalu nya ada Iklan di sana 
  8. Anggaran kos untuk pulihkan ... kena fikirkan jua skop kerja yang mahu dibuat 
  9. Try lah bincang dengan pihak kontraktor yang nak pulih kan ... maner tau kerja itu sukar dilaksanakan 
  10. Teropong jugak jikalau ada “hantu Kak Limah” ternampak di tepi tingkap sedang menjenguk ... seram !!!!


Syor:

Dengan ada nya info info ini

Maka Buat lah pertimbangan yang sewajar nya 

Fikir fikir kan apa yang patut 


Sekadar pandangan saya sahaja 

Apa yang sempat saya taip 

Saya taip jer

Tiada susun ayat pun bagai

Janji korang faham okey !

YuhuuπŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 





19 May, 2024

rakan kontraktor

RAKAN KONTRAKTOR AKAN DAPAT MANFAAT DARI TRANSFORMASI RUMAH BUSUK KEPADA RUMAH WANGI …

Tatkala berlakunya tranformasi rumah busuk kepada rumah wangi
Pasti nya khidmat para kontraktor akan diperlukan untuk menjalankan segala usaha mewangi kan sesebuah rumah busuk yang dirancang 
Tanpa usaha keras mereka ini
Mana kan saya Ir. Ajak mampu untuk melakukan bersendirian kerja ubahsuai rumah busuk weh 

Pihak kontraktor juga akan mendapat peluang untuk kerja bagi membaiki rumah atau ubahsuai sepenuhnya sebuah rumah busuk:

1. Kontraktor binaan
2. Kontraktor elektrik 
3. Kontraktor pagar & gril
4. Kontraktor kitchen kabinet
5. Dan lain lain yang berkaitan 

Jika banyak geng yang terlibat
Maka lebih banyak lah orang yang akan mendapat manfaat bersama 
Sama sama lah kita berkongsi peluang rezeki yang ada
Mereka kan ada anak bini family yang perlu ditanggung dalam kehidupan seharian 
Mungkin rezeki yang mereka dapat itu
Melalui usaha kecil yang kita laksanakan ini lah kan kan
Saya amat yakin dengan semua aturan yang ALLAH telah aturkan di dalam perjalanan kehidupan saya
InsyaAllah AAMIIN 

Seronok saya layan hobi hartanah rumah busuk nie
Kerana banyak rantaian manfaat yang boleh kita kongsikan bersama sama
Moga kita dilimpahi dengan peluang ruang untuk pintu pintu rezeki 
InsyaAllah Aamin πŸ˜„

Yuhuu πŸ˜„

Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk 

nota: tunjuk 2 jari … 2 minggu boleh siap bina porch baru … porch lama telah diruntuhkanπŸ˜€




12 May, 2024

Rumah Busuk Lagi

11 CADANGAN PERLU AMBIL KIRA UNTUK UBAHSUAI RUMAH BUSUK …


Weken mesti nak layan hobi 

Hasrat melayan hobi hartanah rumah busuk 

Memang tidak ditinggalkan


Anda kenkawan yang berhasrat jika nak layan hobi ini 

Kena cuba ambil kira beberapa faktor ini juga yer:

  1. Buat semakkan kawasan yang mahu miliki hartanah 
  2. Kirakan juga bajet hartanah rumah busuk 
  3. Mesti nak tahu apa tujuan miliki hartanah berkenaan 
  4. Perlu masukkan bajet untuk repair & reno 
  5. Pemilihan kontraktor 
  6. Jika melibatkan fully reno ada ubahsuai porch & dapur ... saya cadangkan buat permohonan pelan ubahsuai 
  7. Masa proses reno ... buat pemantauan kepada proses kerja kontraktor 
  8. Penting juga melibatkan pasangan kita ... bincang bebaik apa apa sahaja pandangan untuk reno
  9. Jangan terlalu ghairah untuk banyak sangat perubahan sewaktu reno ... nanti bajet burst tau … lari bajet payah nak ejas
  10. Doa bebanyak kepada ALLAH swt agar semua proses dipermudahkan oleh NYA
  11. Bincang bebaik dengan rakan kontraktor dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan untuk mengurangkan pelbagai risiko bagi hasil yang terbaek untuk rumah busuk 


Yuhuu πŸ˜„


Ir. AJAK 

Hobi hartanah rumah busuk 





05 May, 2024

Bersabar …

10 TIPS BERSABAR SELALU UNTUK MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK …


Pagi ahad weken nie haaa

Sempat untuk menulis sket 

Sambil layan hobi rumah busuk 


Perlu banyak banyak bersabar yer:

1. Melihat rumah busuk dengan pandangan sinis dan jelek ... Itu perkara biasa ler untuk dilalui dalam situasi begini 


2. Skeptikal awal dengan potensi rumah busuk ... Itu dah memang lumrah kenkawan di sekeliling kita nie haaa


3. Kenkawan pandang sebelah mata ... Buat dek jer lah buat alkisah macam tiada ada apa apa yang berlaku sebenar nya


4. Ahli keluarga macam tak sokong pada peringkat awal ... Perlu hadapi dengan tabah yer sampai kita boleh buktikan rumah boleh menjadi cantek mewangi cun melecun macam cik adik manis di hujung kampong sana


5. Pelbagai isu untuk diselesaikan tentang rumah busuk ... Selesaikan satu satu hingga sempurna semua perkara walaupun kekadang payah sampai nak give up … contoh nya jiran jiran letak kan barang sampai 5 lori 3 tan


6. Sebahagian kontraktor pun malas nak layan kes kita kerana leceh ... Carilah kontraktor yang mahu bekerjasama dengan kita dari mula kerja sampai ke siap sempurna rumah itu


7. Masalah modal untuk reno bagi wangi ... Bank kan ada boleh bagi pinjam atau buat simpanan sket sket lama lama jadik lah bukit … tak pun bodek pinjam dari wife tersayang 


8. Call off selalur sewaktu nak masuk lelongan awam ... Saya dah masak keadaan ini ... next kes pula  ... Jangan mudah mengalah … terus berjuang yer


9. Perlu banyak bersabar melayan rumah busuk ... Saya dah lali dah ... namun kita kena senantiasa kental … jika rasa kecewa  rehat lah sebentar sambil minum kopi secawan 


  1. Berdoa kepada ALLAH swt agar senantiasa diberi ruang n peluang ... jangan putus ada … tawakal jer 


Sajer nak membebel pepagi nie

Orait geng itu jer yang sempat nak taip

Jadual agak penuh weken ini

Saya kan layan hobi hartanah jer

LIKE setelah bacaπŸ˜„

SHARE untuk manfaat kenkawan yer

Yuhuu πŸ˜„πŸ‘


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk





04 May, 2024

Mendebarkan



Tak Bleh Lelap

BERMUSAFIR …

Co pilot sambung drive 
Saya mata dah layu weh
.
.
Isu nya
Bila wife bawa jer pegang stereng … mata saya jadik terbuka besar
Walaupun terasa ngantuk
Adoiii 
.
.
Kalian camner bleh lelap ker πŸ˜€




musafir

Weken layan hobi hartanah
Uruskan dokumen berkaitan 
Nak bermusafir 2 hala ratus kilo jugak
Layan jer 
Sekadar hobi πŸ˜€