sekeping capati … rumah busuk di hujunh sana … citer selepas sholat jumaat siang tadi …
sebelum sholat jumaat sempat jamah nasi sket
maso khutbah mata layu
sesekali tewas menongkat dagu kerana mengantuk
angguk angguk mengiya kan khutbah dibacakan oleh khatib
seusai sholat jumaat
singgah jap di kedai babu untuk ilang kan dahaga anak tekak pekena nescafe tarik kurang manis
babu cakap capati sedap
saya pun order lah sekeping capati padahal perot kenyang lagi
sampai jer sekeping capati
baru saya mula nak mula menjamah
ada sekor anjing datang tak jauh dari meja saya duduk
anjing tur tengok saya macam meminta dikongsikan capati sekeping ini
saya carik carik kan capati ini bahagi kan sket sket kepada anjing itu
anjing itu makan perlahan lahan
pertama kali saya tengok anjing makan capati
sekeping capati ini
separuh untuk saya jamah
separuh saya bagi kan kepada anjing ini makan jua
seusai sahaja capati habis dimakan
anjing itu tenung saya dan berlalu pergi
ting wasup mesej masuk
saya baca wasup dengan penuh teliti
teruja jua
tawar menawar saya berkaitan hasrat untuk bakal transaksi hartanah sejak seminggu lalu dengan agent … belum berjaya dimuktamadkan dengan harga yang saya pinta dan mahu kan
rupa nya mesej wasup dari agent
memaklumkan owner bersetuju dengan tawaran harga dari saya
RM190 ribu harga dimuktamadkan untuk hartanah di hujung sana …
mungkin kan kah dengan pemberian ikhlas saya untuk berkongsi sekeping capati dengan anjing tadi
membuka peluang pintu rezki untuk saya pada hari jumaat yang penuh barakah ini
padehal minggu lepas owner tidak berganjak langsung dengan harga rm200 ribu
rm10 ribu dapat di kurang kan pada petang ini selepas sholat jumaat
target saya untuk mendapatkan hartanah di bawah harga pasaran
Alhamdulillah dengan peluang ini
jika tiada aral melintang
saya akan proceed dengan transaksi hartanah ini
telah beri arahan kepada panel lawyer
ini hobi saya sejak tahun 2010 lagi
dah lebih 13 tahun berlalu masa
banyak pengalaman suka n duka
sempat terbitkan 2 buah buku hasil kumpulkan pengalaman itu
tiada urgent nak memiliki hartanah
sekadar mengisi masa yang terluang sahaja pada usia saya sebegini
nota:
1. amalan yang boleh cuba di amalkan seharian
2. bersedekah selepas sholat subuh
3. sholat sunat dhuha
4. bersedekah di tabung masjid
5. berkongsi rezki secara ikhlas dengan orang lain … termasuk binatang jua
6. terus berdoa dari NYA agar dibukakan peluang pintu pintu rezki
ir. ajak
hobi rumah busuk
24.11.23 … gaji dah masuk agak nya boleh buat bayar deposit rumah busuk 😀
No comments:
Post a Comment