ANNIVERSARY Ke 22
ALHAMDULILLAH 🤲
Penuh kesyukuran
CATATAN:
Catatan khas buat mu isteri ku tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak
NIKMAT JODOH:
Pada hari ini penuh barakah Jumaat 26 Mei 2023 genap 22 tahun dah usia perkahwinan kita bersama
Alhamdulillah penuh kesyukuran kepada ALLAH swt
Nikmat jodoh yang berkekalan hingga ke hari ini
Yang dipinjam oleh NYA buat kami
Pada tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabul disatukan bersama dengan sekali lafaz akad
BERCINTA:
Saat saat manis bercinta
Kata kata indah mesej melalui handphone
Tiada apps whatsapp masa tur
Tiada media social fb mahu pun insta apatah lagi tiktok
Sekadar handphone motorola yang gedabak besar saiz nya
Pada masa tahun 2001
Abang jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun dengan rambut ramos tebal
Kau gegadis chomel kurus seusia 22 tahun
Jarak usia kami 5 tahun membezakan antara kita
HIDUP BERSAMA:
Kita lalui hidup bersama sama
Saling cuba memahami antara satu sama lain pada awal awal usia perkahwinan
Lengkap melengkapi antara kita jua
Belajar erti kehidupan berkeluarga
Hidup secara harian denga amat sederhana cara kami
Menyewa di flat tingkat 4 paling atas dan kereta kecil kancil warna hijau
Di beri rezki dari seorang kidos kepada 4 kidos hero yang makin membesar kacak ensem belaka konon nya
GADIS CEKAL:
Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas
Abang kagum dengan diri mu sayang
Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap dari hari ke hari gitur
Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef di mata abang sewaktu di dapur untuk keluarga kita … masakan rondang daging pun sodap
Menjadi kan abang makin boroi dan gedebus tembam macam skrang asyik makan jer
TULANG BELAKANG:
Kau lah sayang tulang belakang dalam family ini
Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin seharian
Lewat malam baru tidur
Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga kita
Siang hari ke hulu ke hilir memandu kereta dengan pelbagai tujuan urusan biznes “rumah busuk” kita bersama
MEMBANTU:
Tanpa mu sayang yang membantu
Mana mungkin abang boleh melayan hobi hartanah rumah busuk dari hari ke hari sejak berbelas tahun dahulu
Dikau sayang makin mahir dalam selok belok bab hartanah rumah busuk
Abang bangga dengan diri mu sayang
Ini yang kita sedang giat usahakan & sambil santai santai
Sama sama jua kita melayan hobi suka melancong ke sana ke mari dengan pelbagai destinasi melihaf keindahan bumi milik Allah swt
BERSYUKUR:
ALLAH swt sebaik baik nya pengatur dalam hidup
Abang amat bersyukur di jodohkan dengan dikau sayang
Memahami apa yang abang mahukan
Abang pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau sayang terus bekerja mulai hujung tahun 2002 (berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan mula belajar berbiznes sendiri
HADIAH PERCUTIAN SEMPENA ANNIVERSARY:
Jika ada rezki di izin Allah swt
Abang nak kumpul kan sebahagian dari duit gaji bulanan
Abang berhasrat merancang untuk kita pergi holiday ke Swiss & ibadah umrah pada tahun ini
Abang akan usaha kan sebaiknya
InsyaAllah
BERDOA:
Abang berdoa agar jodoh kita terus berpanjangan sehingga ke akhir hayat di kandung badan
Kekal kita bersama sama ke syurga jannah mu YA ALLAH
Itulah doa kita di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang terdahulu dan sama sama kita mengaminkan doa di depan Kaabah sewaktu keliling tawaf pada ibadah umrah bulan september tahun lepas 2022
Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah bersama sama
Alhamdulillah ... InsyaAllah ... Aamin
Suami Mu Sayang
Ir. AJAK
26 Mei 2023
No comments:
Post a Comment