KEHIDUPAN YANG SIMPLE
Saya tidak lah kaya dengan harta benda
Sekadar kaya dengan senyuman jer
Kehidupan yang simple yang boleh
Adalah idaman saya selalu
Kehidupan saya macam kalian jua
Ada family
Ada kerjaya
Ada hobi yang saya suka layan saban masa
Sewaktu kita laksanakan sesuatu perkara kita hendak lah fokus
Tanamkan sifat dedikasi
Buat sesuatu dengan sungguh sungguh
Pasti ada manfaat untuk semua
Usia saya kian meningkat
Kini tanpa sedar sudah berada di hujung angka 4 siri
Tiada apa apa cita cita tinggi yang saya ingin kejar kan lagi .. apa yang telah ada Syukur Alhamdulillah
Cuma hobi hartanah rumah busuk masih dalam radar aktiviti agenda weken saya
Nak cover ibadah yang rasa nya banyak kurang pada usia muda
Nak gie ibadah umrah setiap tahun .. aktiviti tahunan yang saya jadualkan sejak 10 tahun lalu tanpa gagal (moga Allah swt jemput lagi) .. tahun 2020 tak sempat gie coz pandemik Covid 19 melanda
Nak cover untuk luang kan masa bersama family & wife yang kerap saya skip kan sewaktu sibuk mencari rezki dengan kerjaya harian sebagai seorang Jurutera Profesional
Nak buat sesuatu yang saya suka buat
Sekadar coretan di cuaca sejuk
Memanas kan jari jemari yang terasa kesejukan
Cuba mencergas kan otak keluar kan idea menaip
Berkongsi apa yang terlintas di minda saya
Apa yang kalian idam kan dalam kehidupan ?
Jika sudi cer kongsikan di ruangan komen
Sebagai panduan kenkawan jua
😀
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment