click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

22 June, 2025

sejarah pisang 20 tahun

cekodok pisang 

hasil menanam di tepi longkang tepi pagar rumah

wife rajin masak

kudapan petang

rezki petang ini

alhamdulillah 


panjang sejarah benih pokok pisang ini 

sekitar tahun 2004 ambil benih dari jiran di rawang selangor dan saya tanam depan rumah di rumah saya di rawang 

tahun yang sama emak ambil benih dari rawang bawak ke ipoh ditanam di depan rumah & belakang rumah di ipoh

hujung tahun lepas 2024 emak bagi anak benih di bawa ke seremban

saya tanam di tepi longkang 

alhamdulillah tahun 2025 dapat rezki merasai semula benih pokok yang saya pernah tanam pada tahun 2004

ini kisah benar 

sejarah untuk diri saya sendiri 

dari rawang di bawa ke ipoh di bawa ke seremban 

cerita sejarah sekitar sepanjang tempoh 20 tahun👌👍🤲😀













14 June, 2025

Panel Penasihat Industri

PENASIHAT INDUSTRI


Diberi peluang sekali lagi

Memberi sumbangan bakti sekadar yang termampu 

Berkongsi pengalaman

Untuk kebaikan generasi 

Terima kasih pihak Universiti UMPSA

Sudi melantik saya semula 

👌😀





buah pisang

nanam tepi longkang 
tepi pagar rumah 
kluarkan peluh pada weken
alang anak papa selalu tolong papa
berbudi pada tanah 
kongsikan hasil dengan jenjiran tepi umah
buah masih hijau 
harap buah boleh masak lah 
kan kan
Alhamdulillah atas rezki kongsi bersama 
🤲🤲🤲👌😀











getah paip tampal

realiti kehidupan saya 
paip getah pun ditampal guna tape getah 
paip di area porch 
bukan tak mampu nak beli yang baru 
sekadar beberapa ringgit sahaja untuk 2m panjang 
tapi entah lah 
maybe telah terbiasa selagi boleh guna 
saya guna lah 
bertahun dah guna paip getah yang ini
tiada bocor lagi apabila ditampal dengan tape getah itu
bukan lah kategori kedekut tahi hidung masin
jangan gelak kan saya
ini alkisah besar
hahahaha😀

pisang itu ditanam di tepi pagar tepi longkang tepi
rumah 
elok plak subur pokok pisang ini 
👌😀




09 June, 2025

Air Sungai Mengalir …

Nak juga tengok sungai 
Suka tengok air mengalir 
Rasa tenang 
Rasa damai 
Especially tengok air yang jernih 
Kiri kanan view yang baik
Ada bangunan
Ada ramai pengunjung
Semua nampak santai
Ada yang lepak minum teh kopi 
Saya memang suka tengok 
Cuma cuaca tak berapa menarik
Lewat petang itu hujan turun 
Merasa hujan di sana 
👌😀










08 June, 2025

lebar …

wife saya komen sewaktu kami pergi balik kampong 

dialog percakapan kami


wife : “bang kot ye pun profesional engineer … jangan semua benda nak di sukat … gaya tangan & jari itu … di telek … lebar lah … kedalaman lah … deras air lah … jernih air lah … udah udah ler tu … tak kan dengan sayang pun nak sembang teknikal jugak … ayoyoyo karawale 😀”


ir. ajak : “ye lah ye lah … konon nak tunjuk skil sket sket pun tak bleh … abang teruja lah dengan air sungai yang mengalir kat sini … ada alasan nak balik kampong lagi di tahun tahun yang akan datang”


wife : “ini kan kampong milik orang … umah kita kat soromban lah” 


ir. ajak : “jom alik soromban … esok nak kojo … dokumen kat opis udah melambak”


😂😂😂

ir. ajak teruja melihat view di hujung kampong … Subhanallah hebat ciptaan Allah swt 🤲🤲🤲













waterfall

Bunyi air terjun di tepi bukit 
Sangat syok di dengar
Lokasi di hujung kampong 
Indah view ini
Tak jemu datang ke sini 
👌😀






06 June, 2025

Kedamaian …

Kedamaian melihat alam sekeliling 

Membuatkan hati terasa tenang dan amat mendamaikan 

Sungguh besar kebesaran Allah swt

.

.

Semalam para duyufurrahman telah selesai berwukuf di Padang Arafah 

Alhamdulillah dari newsfeed yang di update para jemaah telah bergerak ke Mudzalifah

Alhamdulillah para jemaah haji

Teringat jua kenangan saya n wife pada tahun 2016 berpeluang untuk menyempurnakan ibadah haji 

Alhamdulillah atas segala peluang 

Syukur 

🤲🤲🤲🤲



















05 June, 2025

Berkelah …

Berkelah di tepian tasik

Air warna torquise

Angin sepoi bahasa

Hon dari cruise yang lalu 

Kehijauan di hujung sana

Sangat mendamai kan 

Orang kampong macam saya memang jakun sket 

Walaupun dah 4x sampai ke sini 

Berkain pelekat memang selesa

Bawa bekal makan santai santai di sini 

Alhamdulillah atas segala pinjaman dari NYA


Ir. AJAK

Memang suka santai sebegini di swiss🇨🇭

Kena menabung lagi untuk datang ke sini 😀











Bekfes

Kat sini baru 8.27am pagi 
Beza 6 jam 
Baru nak bekfes 
Tak der nasi lemak 
Tak der roti canai
Croisant pun rangup & rapuh 
Kopi panas pun sangat melegakan tekak pada cuaca nyaman sebegini 
Sesekali balik kampong milik orang lain
Menikmati segala pinjaman dari NYA 
Alhamdulillah 🤲




04 June, 2025

Lembu Korban …

Di hujung kampong … ada bukit … ada air terjun dari bukit … rumput hijau … pokok hijau … ada lembu jua 😀











03 June, 2025

Mannlichen …

Sempat naik ke ketinggian 2222m
Nice view dari sini 
Nampak puncak yang masih ada salji 
Kedamaian nyaman sejuk jua
Tak ramai yang naik ke sini today
Yang ini tak ada dalam itinery 
Main terjah sahaja 
Di mana kaki melangkah di situ dinikmati suasana Balik kampong mana yang sempat singgah sahaja 
Dah 4x balik kampong saban tahun memang tak rasa jemu 
Keindahan bumi ciptaan milik Allah swt 
Subhanallah 
🤲👌😀

Ir. Ajak
Balik kampong Mannlichen Swiss🇨🇭