click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

31 December, 2024

Tahun 2024

TAHUN 2024


Alhamdulillah Tahun 2024

Bismillah Tahun 2025

1 Rejab, 1 January 2025

Salam Bulan Rejab

Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua yang mengenali diri saya 


Alhamdulillah syukur atas segala kehidupan yang di pinjam kan oleh Allah swt

Meniti usia angka 5 siri … rambut saya makin tak mahu tumbuh … perot makin boroi … hehehe😀


Kehidupan saya hanya biasa biasa sahaja tiada apa yang nak di war war kan sangat 

Saya hanya insan biasa macam kalian jua 

Masih seorang pekerja makan gaji untuk menyara family & membesarkan anak anak


Saya telah kurang menulis di wall fb 

Cerita rumah busuk pun saya kurang kongsikan lagi 

Aktiviti rumah busuk masih diteruskan & sekadar hobi saya sahaja pada masa terluang … cuma saya tidak kongsikan di wall fb


Untuk Tahun Baru 2025

Saya hanya meneruskan kehidupan seperti biasa 

Jika ada cabaran yang mendatang … saya cuba lalui sebaiknya Insyaallah 

Saya juga mendoakan kalian semua senantiasa dirahmati oleh Allah swt untuk menempuh cabaran Tahun 2025


Selamat tinggal Tahun 2024 dengan segala catatan memori

Selamat datang Tahun Baru 2025 !!!


Ir. Ajak 👍😀

31.12.2024





30 December, 2024

Diri Sendiri

Diri Sendiri


Terbang ke mana destinasi sekalipun 

Apabila tiba masa nya 

Akan kembali pulang 

Itulah nama kehidupan 

Setiap yang bermula 

Pasti akan ada yang hujung nya

Tiada apa yang kekal 

Jalani kehidupan dengan penuh kesyukuran apa yang ada

Jadi diri sendiri

Jangan sesekali rasa meninggi diri

Nikmati kehidupan dengan tenang 

Pesanan untuk diri saya sendiri 

Allahuakbar 🤲😀




28 December, 2024

Kimci Pun Licin …

ala ala oppa korea menjamu selera … dah sejuk lapo … kimci pun licin … hahaha😀

27 December, 2024

Unggun

tahu lah suhu bawah kosong 
gigil gigil sojuk
jangan nak terjun dalam unggun api plak 
hahaha😀




26 December, 2024

Gigil

Ini pun dah gigil kesejukan 
Lewat malam lagi sojuk
Pekena teh o secawan 
Layan 😀




Public Transport

PUBLIC TRANSPORT

Apabila travel menaiki public transport itu dikira biasa
Tersilap naik train … kita patah balik … tunggu next train pulak
Tiada seat yang available … kita berdiri 
Santai santai sahaja
Bajet tak banyak … kita tetap layan menapak ke sana ke sini … cuaca sejuk yang mencengkam 
Kan kan 👌😀




25 December, 2024

22 December, 2024

Musafir

MUSAFIR


Hasrat nak bermusafir 😀

Flight malam ini

Bonding bersama family 

Peluang 1 tahun sekali 

Disember 23 tahun lepas ke bumi Turkey tanpa Angah kerana berada di final exam di kolej

September 24 ke Ibadah Umrah tanpa Along

Payah nak ketemu 6 pax untuk travel bersama 


Nak kumpul dalam 1 family untuk travel kekadang agak payah lately ini kerana kesibukan kekangan masa memasing 

Cuti memasing tak sama dah kali ini 

Moga perjalanan ini mendapat rahmat dari NYA


5 luggage untuk 6 pax … selebih nya hand carry

Jika tiada aral … pagi esok sampai ke destinasi 

InsyaAllah Aamin 🤲🤲🤲





Musim Cuti

MUSIM CUTI SEKOLAH 

Musim cuti sekolah seminggu 
Jalan pun jem banyak tempat 
Dalam platform medsoc ramai yang uplud macam2 aktiviti
Majlis meraikan pengantin
Kenduri kesyukuran 
Cuti ini yang jalani berkhatan pun ada
Tak kurang juga dah uplud gambar vacation holiday di oberc 

Ramai juga yang kongsikan Ibadah di Tanah Suci Mekah & Madinah
Yang main salji pun ada nampak jua
Kita raikan aktiviti memasing semua
Yang belum berkesempatan untuk holiday ke oberc … positif kan minda … jadikan gambar gambar yang di uplud oleh kenkawan sebagai sumber inspirasi untuk bermusafir di bumi milik Allah swt yang begitu indah … pada satu hari 👍
nanti boleh sampai ke sana jua … InsyaAllah Amin 🤲🤲🤲

Apa jua aktiviti kalian 
Kita jadikan aktiviti yang boleh membahagiakan diri kita n family 
Senantiasa bersyukur dengan segala nikmat rezki yang Allah swt kurniakan
Malah dengan menghirup secawan kopi O pun sangat mendamaikan 
Ceria selalu 😀