click nuffnang

kengkawan budiman aku:

About Me

My photo
boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com

PELABUR EMAS PERAK

09 June, 2024

9 tips

9 TIPS KARENAH RENO RUMAH BUSUK …


Apabila nak reno rumah busuk memang macam macam ragam

Antaranya ialah :


1. Proses nak lulus pelan ubah suai rumah


2. Proses pemilihan kontraktor yang terbaek


3. Risau bajet kurus dan burst selalu


4. Jiran yang meluahkan perasaan bahawa bising sewaktu proses reno


5. Ada jugak jiran yang tak selesa terdapat bahan bahan binaan yang banyak di dalam premis reno rumah busuk milik kita


6. Sempit tapak binaan reno yang kecik dan payah nak letak bahan binaan


7. Koordinasi kerja antara kontraktor binaan rumah ... Kontraktor elektrik ... Kontraktor piping ... Kontraktor kitchen kabinet dan kontraktor gril welding pagar serta kontraktor aircon untuk timing kerja memasing


8. Kekadang pihak berkuasa majlis datang buat inspection sewaktu kerja reno sedang berjalan


9. Kesabaran amat amat penting dalam proses reno rumah busuk


Saya sekadar layan hobi hartanah pada weken 

Bantu share untuk panduan kenkawan yang lain juga 👍


Ir. AJAK 😀

Hobi hartanah rumah busuk 




01 June, 2024

8 Tips

8 TIPS BOLEH PERTIMBANGAN UNTUK MEMILIKI RUMAH BUSUK …


Di mana saya berada

Tak dapat lari dari berfikir sejenak tentang rumah busuk

Ada jer masa yang terluang dimiliki

Mesti nak difikirkan tentang rumah busuk

Antara perkara yang difikirkan ialah:


  1. Modal rumah busuk:

Mana nak dicarikan modal

Samada pinjam dari pihak bank

Pinjam kat pasangan isteri/suami

Bodek dari emak/ayah untuk pinjaman


  1. Lokasi rumah busuk:

Mesti tengok kawasan

Kaji persekitaran kawasan itu

Ambil tahu segala kemudahan yang ada

Tanyer jiran jiran

jangan malu malu 


  1. Nak pilih rumah busuk:

Nak pilih rumah busuk yang sangat uzur ker

Nak ambil yang separuh uzur ker

Rumah setingkat ker

Rumah dabel storey ker

Nak yang corner lot impian di hati si pasangan ker 

Boleh buat ketetapan berdasarkan pilihan korang lah yer


  1. Nak miliki rumah busuk:

Dah tahu bab nak perolehi modal

Dah tahu lokasi pilihan

Dah tahu nak pilih rumah busuk yang mana satu

Maka masa untuk miliki rumah itu

Samada beli melalui kaedah subsale

Atau nak cuba kaedah lelongan awam

Jika nak lebih mudah kerja korang ... minta bantuan dari Agent REN


  1. Nak repair/ubahsuai rumah busuk:

Jika rumah busuk itu di dalam keadan uzur

Maka perlulah di repair atau di ubahsuai

Tujuan untuk disewa sebuah rumah atau sewa bilik bilik

Mungkin juga untuk tujuan kediaman sendiri 


  1. Kontraktor rumah busuk:

Perlu lah untuk mencari kontraktor yang sesuai untuk tujuan mewangi kan rumah busuk berkenaan

Cari lah yang jujur dan yang boleh diharapkan bagi kontraktor binaan, kontraktor elektrik, kontraktor kitchen kabinet, kontraktor gril dan semua yang berkaitan


  1. Perancangan nak siapkan rumah busuk:

Perlu juga membuat perancangan untuk masa untuk dimulakan proses repair/ubahsuai rumah busuk

Jumlah kewangan yang ada di tangan

Pemantauan ke atas proses repair/ubahsuai

Tempoh yang diperlukan oleh semua gabungan kontraktor untuk menyiapkan rumah menjadi sepenuhnya wangi

Maka tarikh dijangka siap sebuah rumah wangi


  1. Restu dari pasangan :

Jangan main belasah jer nak layan rumah busuk

minta restu dari pasangan 

jangan lupa perkara ini 

nanti pasangan membebel tak sudah sudah 

bernanah telinga

hahaha 😀😀😀😀


Wow indahnya dengan peluang nikmat pinjaman dari ALLAH

Kepada MU saya ucapkan penuh Syukur ALHAMDULILLAH

Saya syok melayan hobi hartanah rumah busuk😀


Mohon share kan untuk manfaat kita bersama sama kenkawan 


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk