click nuffnang
kengkawan budiman aku:
About Me

- ajak
- boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com
21 July, 2025
20 July, 2025
Santai …
PILIHAN YANG KITA ADA …
Dalam kehidupan ini
Macam macam pilihan yang kita ada
Ada masa nya yang pilihan yang wajib kita ambil … tak boleh tidak … keadaan ini tak boleh buat apa
Tapi jika ada pillihan
Pasti kita akan memilih
Macam kita nak makan di mana pun
Di rumah
Di restoran mahal
Di Cafe
Di mamak sekalipun
Or mana mana yang kita rasa sesuai dengan pilihan kita
Saya pula
Tak kisah sangat
Di mana yang boleh lepak santai bersama family
Dikira macam bonding meluang kan masa bersama
Boleh sembang sembang sambil gelak gelak pun dikira ok
Digerai tepi jalan or bawah pokok pun saya boleh sahaja
Sama juga kita memilih kawan dalam kehidupan harian kita
Ada kawan yang betul betul nak berkawan
Kawan yang boleh pada masa susah dan masa senang
Kawan nak pinjam duit pun kita pernah bagi pinjam kan kan
Makan bersama di gerai pun kita yang bayar banyak kali pun tak nak berkira kira sangat
Tapi ada juga yang jenis kawan yang ambil kesempatan kepada kita
Di ambil nya kesempatan termasuk guna kan kita untuk kepentingan beliau sehabis habis nya
Mesti korang pun pernah lalui perkara ini dalam kehidupan harian kita
Ir. Ajak santai santai sahaja bersama family pada weken
Makan burger di gerai sahaja pun sangat sedap dan berselera … dapel petty memang kenyang menyandoo weh
Buat sesuatu yang dapat memberi manfaat dalam kehidupan harian kita & happy
Tak semestinya semua perkara nak uplud di medsos
kan kan
ππ
Kambing …
22 June, 2025
sejarah pisang 20 tahun
cekodok pisang
hasil menanam di tepi longkang tepi pagar rumah
wife rajin masak
kudapan petang
rezki petang ini
alhamdulillah
panjang sejarah benih pokok pisang ini
sekitar tahun 2004 ambil benih dari jiran di rawang selangor dan saya tanam depan rumah di rumah saya di rawang
tahun yang sama emak ambil benih dari rawang bawak ke ipoh ditanam di depan rumah & belakang rumah di ipoh
hujung tahun lepas 2024 emak bagi anak benih di bawa ke seremban
saya tanam di tepi longkang
alhamdulillah tahun 2025 dapat rezki merasai semula benih pokok yang saya pernah tanam pada tahun 2004
ini kisah benar
sejarah untuk diri saya sendiri
dari rawang di bawa ke ipoh di bawa ke seremban
cerita sejarah sekitar sepanjang tempoh 20 tahunπππ€²π
18 June, 2025
14 June, 2025
Panel Penasihat Industri
PENASIHAT INDUSTRI
Diberi peluang sekali lagi
Memberi sumbangan bakti sekadar yang termampu
Berkongsi pengalaman
Untuk kebaikan generasi
Terima kasih pihak Universiti UMPSA
Sudi melantik saya semula
ππ