click nuffnang
kengkawan budiman aku:
About Me

- ajak
- boleh panggil aku "ajak" ...jantina seorang lelaki ... dilahirkan pada tanggal 26 hb febuari 1974 ... status telah berkeluarga ... menetap di seremban ... bekerja di putrajaya sebagai seorang jurutera awam profesional (ir, p.eng dan miem)...boleh contact aku melalui emel: admin@abdulrazakbinkamarudin.com
02 May, 2025
26 April, 2025
Pilihan …
BANYAK PILIHAN DALAM KEHIDUPAN …
Dalam rancak kita melayari bahtera kehidupan
Memang ada banyak pilihan yang kita ada dalam menentukan hala tuju kehidupan memasing
Pilihan itu dan pilihan yang ini
Memang kita yang pilih dalam kebanyakan situasi
Jika berkenan dengan kenderaan jenis itu
Maka berusaha sedaya mungkin untuk memiliki nya
Jika kita berasa minat dengan rumah yang berkenaan pasti kita juga berikhtiar ke arah untuk memilikinya
Sama juga dengan kelulusan yang dimiliki
Jika kita rasa kita mampu untuk menggapai peringkat yang tinggi dan ada pula peluang di depan mata pasti akan diusaha kan untuk direbut
Ada juga situasi yang kadang kadang kita tidak berjaya untuk menepis atau terpaksa ikut pada keadaan itu
Contohnya kita memcari rezeki di satu organisasi, maka kita perlu lah mengikut halatuju yang telah ditetapkan oleh pihak yang lebih tinggi dengan dasar atau polisi yang telah di gariskan
Adakalanya kita memberi pandangan demi untuk menyumbangkan idea ke arah kebaikan
Sama juga di restoran atau gerai yang kita mahu jamah makanan
Ada pilihan yang murah atau lokasi yang lebih tinggi harga nya
Kekadang pilihan kita bukan lah kerana harga makanan yang rendah tetapi kita pilih kerana mungkin kerana ada satu menu yang sangat kena dengan anak tekak kita
Dalam apa keadaan sekalipun dalam perjalanan kehidupan kita
Memang ada peluang untuk kita membuat pilihan dalam berbagai bentuk
Pasti ada sebab atau alasan yang menyebabkan kita membuat pilihan sesuatu perkara
Tak mustahil juga kita memilih perkara itu kerana tiada pilihan yang ada lain lagi
Sekadar pencerahan untuk menajam kan minda saya
Sambil membebel menulis untuk saya berfikir fikir
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Nota: gambar sekadar hiasan dari koleksi album lama
23 April, 2025
22 April, 2025
20 April, 2025
Stylo …
JIKA MALAS KAU PUNYA PASAL LAAAA 😀 …
Kehidupan ini memang keras
Makin hari makin keras untuk lalui dalam proses kehidupan
Yang rajin memang boleh pergi jauh
Yang ada semangat memang tak jadik hal
Yang tidak boleh pergi jauh dalam pelajaran
Boleh lengkap kan dengan kemahiran
Kemahiran pula ikut kehendak memasing punya minat
Ada minat yang bertani
Ada minat memasak
Ada minat jadi mekanik
Ada minat dalam medsoc
Ada macam macam minat yang boleh dipilih
Jika betul gaya nya dengan kemahiran boleh menjana pendapatan untuk menyara kehidupan
Yang rajin gabungkan kemahiran & medsoc juga sangat mantap dan boleh pergi jauh
Kehidupan ini memang keras tapi jika dilayan bebaik … InsyaAllah boleh hadapi dengan sebaik
Tapi jika malas kau punya pasal laaaa !!!
Sendiri mahu ingat lah
Kan kan
Ir. AJAK kategori biasa biasa sahaja
Layan 😀
Ir. AJAK
Nota : gambar sekadar hiasan sahaja … koleksi dari gambar lama
19 April, 2025
Bergilir Memandu ….
BILA KITA TERASA PENAT MEMANDU … KITA BERGILIR …
Weken ini ramai yang pergi berhari raya
Ke sana ke mari
Ada yang jauh dan ada yang dekat
Jalanraya pun ada yang jem sesak melekat
Dengan hasrat kita menerima undangan dari rakan taulan mahupun dari saudara mara
Ini lah masa nya untuk ukhwah silaturahim
Jika terasa penat memandu
Kita bergilir dengan pasangan pula
Jika ada anak anak yang boleh menantu dan ada lesen yang sah … boleh juga kita minta bantu dari mereka
Tujuan bergilir adalah untuk memastikan pemanduan kita dalam keadaan selamat
Sampai ke destinasi yang dituju
Jika dalam penat kita paksa juga untuk memandu dikhuatiri boleh membahaya kan keadaan
Sekadar nasihat untuk diri saya dan kalian juga
Selamat berhari raya dan makan jamuan pelbagai juadah disediakan
Perot kenyang mula lah mata pun nak lelap
Kan kan
😀
Nota : gambar sekadar hiasan
Beras Kita Beli …
KENKAWAN KATA “BERAS KITA BELI” … CISSS !
Nak menulis di medsoc
Bukan boleh dipaksa paksa
Kekadang ada idea
Kekadang kering idea tak datang datang
Elok elok nak menaip
Elok elok ada idea
Elok bersemangat nak menaip
Tetiba
Mesej masuk
Maka tengok baca mesej terlebih dahulu
Idea tadi yang terpikir nak menaip tadi pun dah lesap ilang ke mana
Tetiba plak ada panggilan dari dapur rumah
“Bang, tolong ambil kain di mesin basuh, tolong sidai kan kain di jemuran”
baru nak duduk untuk sambung menaip semula
“Bang, gas pulak habis, tolong pergi beli gas kat kedai runcit”
kenkawan kata “beras kita beli” … cisss
hahaha😀😀😀
itulah cabaran nak menulis
bila nak siap nya satu satu tulisan
itu cuma alasan tak der idea nak menulis
yuhuu😀
Ir. AJAK
Subscribe to:
Posts (Atom)